Portal Rasmi Agensi Nuklear Malaysia

Sistem Super Argus Bio PET/CT System

Sistem PET/CT, yang pertama di Malaysia menyediakan pengimejan bukan invasif haiwan kecil. Gabungan PET untuk menggambarkan proses biologi dan keupayaan CT untuk memberi maklumat anatomi dapat meningkatkan sensitiviti dan spesifisiti yang diperolehi dari imbasan. Penggunaan utama sistem PET-CT adalah dalam pembangunan dan pengesahan ligan baru tomografi pancaran positron yang boleh digunakan untuk mengesan tumor, mendiagnos penyakit kardiovaskular dan autoimun atau untuk mengkaji laluan metabolik.

PET/CT Haiwan Kecil untuk pengimejan in vivo anatomi dan fungsi haiwan-haiwan kecil

 


Untuk maklumat lanjut, sila layari SISPA.