Portal Rasmi Agensi Nuklear Malaysia

Pemecahan Alir-medan Aliran Tidak Simetri-serakan Cahaya Laser Pelbagai Sudut (AFFFF-MALLS)

AFFFF-MALLS merupakan kaedah kombinasi yang digunakan untuk analisis dan pencirian pelbagai jenis polimer dan bahan-bahan yang berkaitan. AFFFF menyediakan kaedah pemisahan untuk pecahan jisim molar dan MALLS digunakan untuk analisis struktur molekul. AFFFF digunakan untuk memisah molekul-molekul besar, agregat dan partikel, berdasarkan saiz polimer. Dalam sistem AFFFF, proses pemisahan sampel terbentuk melalui perbezaan pergerakannya dalam alir medan yang digerakkan oleh aliran cecair (eluen) yang melalui membran dan rentasan saluran. Sistem AFFFF-MALLS (Foto 8.19) ini terdiri daripada pelbagai pengesan seperti serakan cahaya laser pelbagai sudut, sel indeks refraktif pembezaan dan sel serapan UV, di mana pengujian berat purata berat molekul (MW), berat molekul purata bilangan (Mn), jejari akar puratakuadrat (legaran) (Rg) dan pekali viral kedua (A2) terhadap polimer boleh dijalankan. Di samping itu, analisis AFFFF-MALLS menyediakan informasi bentuk (konformasi) polimer, koefisien gerakan dan radius hidrodinamik. Contoh sampel-sampel yang boleh dianalisis menggunakan AFFFF-MALLS ialah

(i) Polimer sintetik dan polimer semulajadi,

(ii) partikel koloid nano/mikro,

(iii) sample alam sekitar dan

(iv) biologi. Foto 8.20 menunjukkan proses penganalisisan sampel menggunakan AFFFF-MALLS.

AFFFF-MALLS System

Penganalisisan sampel menggunakan AFFFF-MALLS

 


Untuk maklumat lanjut, sila layari SISPA.