Portal Rasmi Agensi Nuklear Malaysia

Pembangunan Generator-Produced Gallium-68 Radiopeptide untuk Pengesanan Imej Kanser Payudara menggunakan Pet

Latar belakang penyelidikan

Kanser payudara merupakan faktor utama kematian pesakit kanser wanita di Malaysia juga di seluruh dunia. Untuk menangani kanser payudara, kita memerlukan kaedah pengesanan yang lebih selamat, effektif dan tepat. Positron Emission Tomography (PET) berserta Computed Tomography (CT) mampu memberikan imej 3-dimensi yang menunjukkan fungsi dan anatomi kanser tanpa melibatkan prosedur yang invasif. Oleh yang demikian, salah satu projek yang sedang dijalankan adalah melibatkan pembangunan peptid yang dilabel dengan gallium-68 untuk pengimejan kanser payudara dengan menggunakan PET/CT. Objektif projek ini adalah:

  • membangunkan kemahiran mensintesis peptid dan ‘freeze drying’, kemahiran pelabelan dengan PET radioisotop dan pengimejan dengan menggunakan PET/CT;
  • untuk menghasilkan agen PET baru untuk digunakan dalam perubatan nuklear; dan
  • meningkatkan kesihatan rakyat, terutamnya jika kanser payudara dapat dikesan lebih awal, maka lebih banyak nyawa dapat diselamatkan, tanpa melibatkan kos dan kaedah lain yang lebih mahal dan invasif seperti pembedahan dan kimoterapi.

     


Untuk maklumat lanjut, sila layari SISPA.