Portal Rasmi Agensi Nuklear Malaysia

Pembangunan Gallium-68 Sebagai Ejen Diagnosi Jangkitan dan Keradangan Dengan Menggunakan Pet

Latar Belakang

Penyakit berjangkit dan radang dikelaskan kepada jangkitan, keradangan akut, dan keradangan kronik. Penyakit-penyakit ini boleh di diagnosis dengan menggunakan teknik radiologi konvensional seperti x-ray atau ujian biokimia. Teknik radiologi menunjukkan perubahan anatomi pada tisu yang mengalami keradangan atau jangkitan. Walau bagaimanapun, perubahan ini hanya boleh dikesan pada peringkat akhir dan kronik yang akan menyebabkan kelewatan diagnosis dan terapi. Kebelakangan ini, terdapat satu kaedah yang membolehkan pengesanan perubahan biologi dan biokimia dalam fasa awal penyakit yang dipanggil teknik pengimejan perubatan nuklear menggunakan PET/CT atau SPECT/CT yang menggabungkan kedua-dua teknik anatomi dan fisiologi yang membawa kepada spesifikasi yang lebih tinggi dan ketepatan diagnosis.

Terdapat beberapa justifikasi mengapa 68Ga telah digunakan secara meluas pada masa ini dalam bidang pengimejan jangkitan dan keradangan pada tisu. Pertama, 68Ga memberikan imej yang lebih baik. 68Ga ialah radioisotop positron yang boleh digunakan pada PET skan. PET adalah lebih baik daripada kaedah pengimejan lain kerana PET mempunyai sensitiviti yang lebih tinggi dan tepat, dan membolehkan pembinaan semula imej dinamik tidak seperti SPECT. Kedua, 68Ga mempunyai separuh hayat yang pendek. 68Ga mempunyai hanya 68 min separuh hayat. Ini membolehkan pesakit hampir bebas daripada radioaktif selepas prosedur pengimejan dilakukan. Ketiga salah satu kelebihan menggunakan 68Ga dalam diagnos penyait berjangkit dan radang adalah masa pengimejan yang pantas. Sebelum ini, Gamma Camera dan SPECT/CT telah digunakan secara meluas dalam pengimejan jangkitan. Walau bagaimanapun,penggunaan Gamma Camera dan SPECT/CT mengambil masa pengimejan panjang dan kualiti imej kurang baik. Keempat, 68Ga mudah dilabelkan dengan unsur-unsur kimia yang sedia ada. Dalam pelabelan radioisotop dengan protein peptida, logam dan halogen radionuklid seperti 64Cu, 89Zr, 99mTc, 111In, 18F, dan 124I adalah yang paling biasa digunakan. Akhir sekali, penggunaan 68Ga dalam pengimejan jangkitan dan keradangan adalah kos efektif. 68Ga yang dihasilkan oleh penjana dan ianya tidak memerlukan siklotron. Penjana 68Ga boleh bertahan sehingga setahun dan ia boleh didapati secara komersial. Kajian ini akan menilai potensi 68Ga dalam diagnosis keradangan dan jangkitan dengan menggunakan PET skan.


Projek Objektif

  1. Menentukan keadaan radiolabelan optimum untuk Gallium -68 citrate
  2. Menentukan sensitiviti dan spesifisiti Gallium -68 Citrate dalam mengesan keradangan dan jangkitan in vivo dengan menggunakan tikus
  3. Membangunkan kit komersial, sedia untuk digunakan bagi pelabelan Gallium -68 Citrate

 


Untuk maklumat lanjut, sila layari SISPA.