Portal Rasmi Agensi Nuklear Malaysia

Teknologi Pemprosesan Sinaran

Teknologi pemprosesan sinaran meliputi aplikasi untuk pelbagai sumber sinaran mengion seperti sinaran gama, alur electron ion beam di dalam bentuk elektromagnetik ataupun partikel-partikel radiasi. Teknologi sinaran digunakan untuk sterelisasi, pempasteuran, deinfestasi dan dekontaminasi mikroorganisma. Teknologi ini juga meliputi penggunaan sinaran untuk menyingkirkan warna, bau, mikroorganisma di dalam cecair, bahan pepejal dan gas serta mengaruh perubahan kimia dan biologi di dalam sistem untuk membersih pencemaran alam.

Pemprosesan sinaran adalah satu kaedah rawatan ke atas produk dan bahan dengan menggunakan sinaran atau tenaga berion. Kaedah ini digunakan untuk mengubah ciri-ciri kimia mahupun biologi produk bagi meningkatkan kegunaan dan nilai produk tersebut ataupun untuk mengurangkan impaknya terhadap alam sekitar. Di antara aplikasi komersil yang penting adalah seperti:

  • Pengubahsuaian bahan plastik dan getah.
  • Sterilisasi peralatan perubatan dan barangan pengguna.
  • Pempasteuran dan pengawetan makanan.
  • Mengurangkan pencemaran alam sekitar.

Penyelidikan teknologi pemprosesan sinaran di Nuklear Malaysia menjalankan P&P untuk membangunkan bahan dan proses polimer baru dalam bidang seperti:

  • Modifikasi Sinaran Polimer
  • Sebatian Polimer dan Komposit
  • Sinaran untuk Pengawetan dan Sintesis
  • Sinaran untuk Teknnologi Percantuman dan Pemeliharaan

 


Untuk maklumat lanjut, sila layari SISPA.