Portal Rasmi Agensi Nuklear Malaysia

Sinaran untuk Teknologi Percantuman dan Pemeliharan

Penyelidikan dan pembangunan dilaksanakan dalam bidang aplikasi teknologi sinaran bagi rawatan sisa air industri, sebatian organik mudah meruap dan sisa polimer pepejal. Tujuan utamanya untuk mengurangkan, memulihkan, mengitar semula, mengguna semula dan mengendalikan dengan selamat sisa, serta jika boleh menambah nilai sisa tersebut. Antara aktiviti-aktiviti penyelidikan dan pembangunan yang dijalankan adalah;

  • Rawatan sinaran untuk sisa air industri
  • Sinaran untuk pencantuman polimer dengan polimer semulajadi sebagai penyerap ion dan mendapatkan semula logam dalam industri
  • Sinaran untuk modifikasi bahan polimer bagi aplikasi pengaktifan pembungkusan
  • Sinaran untuk pencantuman bahan polimer bagi pembangunan pemangkin dalam pengeluaran biodiesel.
  • Sinaran untuk pencantuman bahan polimer dalam pembangunan membran sel bahan api dan tenaga solar.

 


Untuk maklumat lanjut, sila layari SISPA.