Portal Rasmi Agensi Nuklear Malaysia

Pembangunan Centralized Radiation Monitoring System

Dengan pembangunan teknologi yang pesat, terdapat banyak peralatan yang boleh dihubungkan kepada rangkaian dan internet yang membolehkan data diperoleh secara atas talian. Sistem pemantauan radiasi berpusat menggunakan Local Area Network (LAN) sebagai media komunikasi bagi perolehan data radiasi daripada pengesan radiasi di Agensi Nuklear Malaysia (Nuklear Malaysia). Pembangunan sistem tersebut melibatkan konfigurasi alat, rangkaian, pewayaran, instalasi peralatan, software dan pembangunan web.

 

pia12

Overview of the system

Di dalam sistem pelayan, antaramuka pengguna bergrafik (GUI) dibangunkan bagi membolehkan pemantauan melalui LAN di Nuklear Malaysia. Pembangunan sistem ini adalah menggunakan Microsoft Visual Basic 6.0 (VB6). Melalui sistem ini, ia dapat mengkategorikan elemen bergantung kepada fungsi dan prestasinya. 3 fungsi utama adalah mengenalpasti data, paparan data dan simpanan data.

 

pia13

GUI utama perisian

Pemantauan sinaran yang dilakukan di sekitar Nuklear Malaysia adalah terhubung melalui LAN apabila butang di pelayan ditekan. Terdapat 2 pilihan samada untuk menyambungkan semua lokasi bersama atau berasingan. Selain daripada itu, ia juga boleh memberitahu pengguna jika terdapat bacaan yang melebihi piawaian yang ditetapkan. Terdapat banyak lagi ciri-ciri yang boleh ditambah bagi menambahbaik sistem tersebut.

 

 


Untuk maklumat lanjut, sila layari SISPA.