Merupakan alatan yang menggunakan teknik pengimejan berkuasa tanpa musnah bagi melihat struktur dalaman objek dalam imej keratan rentas 2D atau 3D tanpa perlu mengerat bahagian tersebut secara fizikal. Penciptaan teknik tomografi berkomputer (CT) telah merevolusikan bidang pengimejan diagnostik perubatan kerana ia memberi lebih banyak maklumat secara terperinci dan berguna berbanding teknik pengimejan tanpa musnah sebelum ini. Kaedah ini semakin banyak digunakan dalam bidang industri, aeroangkasa, geosains dan arkeologi
![]() |
|
Pendakap enjin dan pembinaan semula imej tomografi x -ray |
|
![]() |
|
Penapis bahan api dan pembinaan semula imej tomografi x -ray |
Untuk maklumat lanjut, sila layari SISPA.