Portal Rasmi Agensi Nuklear Malaysia

Teknologi Ujian Tanpa Musnah Termaju

1

Kumpulan Teknologi NDT Termaju (LENDT) di Bahagian Teknologi Industri (BTI) melaksanakan penyelidikan, pembangunan, mempromosi, dan penyebaran kaedah teknik NDT termaju. Selain dari itu, kumpulan LENDT turut membangunkan pendekatan inovatif, melalui penyelidikan, yang dapat membantu penyedia khidmat NDT termaju dalam memberi perkhidmatan mereka. Keputusan penyelidikan dapat digunakan untuk menambahbaik keputusan pemeriksaan, menghasilkan pendekatan pemeriksaan terkini, dan hasil pemeriksaan yang lebih baik dalam masa yang lebih pantas. Penyelidikan yang berbentuk kuantitatif dan kualitatif turut dilaksanakan secara rapi dan terperinci bagi menjamin kebolehulangan dan menjaga kepersisan pemeriksaan. Makmal-makmal LENDT di BTI terdiri dari 4 komponen utama seperti yang tertera di Rajah 1. Komponen makmal LENDT ini dikenalpasti berdasarkan permintaan industri tempatan dan menjadi topik utama penyelidikan di peringkat antarabangsa.

2

Rajah 1: Makmal-makmal kumpulan LENDT di Bahagian Teknologi Industri, Agensi Nuklear Malaysia.

MAKMAL AKUSTIK

Ultrasonik tata susunan berfasa (PAUT)

Teknik ultrasonik (UT) tata susunan berfasa, lebih dikenali sebagahi PAUT, merupakan satu teknologi yang menggunakan transduser piezoelektrik. Setiap transduser, seperti Rajah 2, dipicu secara berasingan dan berfasa bagi membolehkan tenaga dari gelombang ultrasonik yang terhasil dipandu atau dibengkokkan mengikut kesesuaian dan kehendak pemeriksaan. Berbanding dengan teknologi UT kovensional, PAUT dapat memendekkan masa pemeriksaan sebanyak 10 kali ganda. Secara keseluruhannya, PAUT boleh digunakan untuk mengganti teknologi UT konvensional. Hasil imbasan yang terhasil berbentuk imbasan-A, imbasan-B, imbasan-C, dan imbasan-S. PAUT merupakan kaedah terkini yang dapat digunakan bagi memenuhi kehendak industri supaya pemeriksaan dilaksanakan dengan pantas dan tepat.

10

Rajah 2: Unit-unit prob ultrasonik tata susunan berfasa (PAUT)

 

MAKMAL ELEKTROMAGNETIK

Termografi arus pusar (ECT)

Teknik termogrrafi arus pusar (ECT) menggabungkan 2 teknik utama NDT; arus pusar dan termografi. Teknik ECT ini digunakan untuk menilai keutuhan, secara kualitatif dan kuantitatif, bahan-bahan atau binaan yang diperbuat dari bahan yang boleh mengalirkan arus elektrik. Teknik ECT, seperti Rajah 3, mampu untuk mengesan dan menilai jenis ketidakselanjaran yang wujud atau terdorong akibat dari tekanan atau mampatan yang tidak sekata. Teknik ini dapat menghasilkan keputusan pemeriksaan yang tepat dan jitu berdasarkan imej-imej yang terhasil. Kajian lanjut sedang dijalankan bagi memberikan nilai tambah kebolehpasaran dan menambah kemampuan pengesanan.

11

Rajah 3: Peralatan eksperimen termografi arus pusar

Arus pusar berdenyut (PEC)

Arus pusar berdenyut (PEC), seperti Rajah 4, dibina berdasarkan pengesanan magnetik kedua yang terhasil dari aliran arus elektrik pada konduktor atau objek yang sedang diuji. Fana denyutan arus elektrik yang dijana akan mengaruh medan magnet pada objek. Fana denyutan berubah-ubah ini dapat membantu dalam menentukan saiz dan kedalaman ketidakselanjaran. Sebarang ketidakselanjaran berhampiran dengan permukaan objek akan menganggu medan magnet yang terhasil. Ketidakselanjaran yang lebih dalam dari permukaan akan dikesan lebih lambat berbanding dengan ketidakselanjaran yang hampir dengan permukaan objek. Dengan melaksanakan analisa isyarat berasaskan masa terhadap perubahan tersebut, kedalaman dan saiz dapat ditentukan dengan mudah dan tepat. Imej yang terhasil turut membantu pemeriksa dalam memberikan laporan pemeriksaan dengan lebih tepat dan mudah difahami.

12

Rajah 4: Sistem arus pusar berdenyut (PEC)

MAKMAL OPTIK

Perincih laser (LS)

Perincih laser (LS) merupakan satu teknik bintik laser yang dibangunkan untuk mengesan dan menyerlahkan ketidakselanjaran yang diaruh oleh paksaan atau tekanan. Teknik ini dibangunkan berdasarkan perbezaan perubahan fasa optikal. Perubahan fasa optikal yang dikesan akan dikaitkan dengan jenis tekanan dan keadaan semasa objek yang diuji. Teknik LS dapat mengurangkan rentatan kepada alam sekitar dan tidak menghasilkan hingar mekanikal berbanding dengan teknik bintik lain. Makmal LS turut menghasilkan sistem baru, seperti Rajah 5, yang diberi nama Sniper Avantgarde bagi memenuhi kehendak industri tempatan untuk memeta kawasan yang tidak selanjar akibat dari tekanan yang diberi.

13
14
15

Rajah 5: (a) Sniper Avantgarde yang digunakan untuk memeriksa keutuhan aliran paip minyak dan gas.

Rajah 5: (b) Antara hasil pemeriksaan dengan menggunakan Sniper Avantgarde.

Termografi inframerah (IR)

Termografi inframerah (IR) merupakan satu teknik yang dapat digunakan untuk memperolehi dan menganalisa informasi terma sesuatu bahan atau binaan. Ianya digunakan untuk mengukur taburan corak radiasi yang terhasil dari tenaga terma. Tenaga terma tersebut, yang berada dipermukaan objek kemudiannya dikesan oleh kamera inframerah. Pemetaan perbezaan tenaga radiasi terma di keseluruhan permukaan bahan kemudiaanya di paparkan berdasarkan taburan radiasi. Perbezaan tenaga yang bertaburan dianalisa dan ditafsirkan berdasarkan kalibrasi yang dilaksanakan terlebih dahulu.

16
17
3
(a)
(b)
(c)

Rajah 6: (a) Aplikasi IR pada papan suis elektrik. (b) Pemeriksaan pada motor, pam kipas, bebola galas, pemampat, alat pemanas, alat heating, alat pengawal kelembapan dan lain-lain boleh dianalisa untuk mengesan kecacatan dan penurunan kecekapan keberkesanan. (c) Salah satu contoh pemeriksaan keatas loji bagi mengesan taburan radiasi terma untuk mengelakkan kemalangan dan penurunan kecekapan.

RADIASI

Fokus utama makmal radiasi ialah untuk menghasilkan pendekatan dan prosedur pemeriksaan komponen kritikal yang lebih baik dengan menggunakan kaedah pemprosesan imej, teknologi berasaskan digital termaju, dan teknologi simulasi dan permodelan terkini. Makmal ini turut terlibat dalam membantu untuk mengurangkan dos dedahan tidak perlu kepada pekerja sinaran, memacu kebolehan pemeriksaan, dan menyokong keperluan industri tempatan di dalam instrumentasi radiografi industri digital (DIR) dan pengetahuan teknikal.

4 5 6

Pendigit filem laser

Pengesan permukaan rata a-Si

Pencetak filem

7 8
9

Radiografi berkomputer (CR)

Mesin X-ray 225 kVp

Solusi analitikal


Untuk maklumat lanjut, sila layari SISPA.