Portal Rasmi Agensi Nuklear Malaysia

Plasma Focus

Objektif utama projek ini adalah untuk menghasilkan sinar X dan neutron menggunakan peranti plasma focus. Seterusnya, sinaran yang terhasil boleh digunakan untuk pelbagai aplikasi. Peranti plasma yang digunakan adalah model UNU/ICTP PFF* jenis Plasma Focus Mather Type. (*The United Nation University/International Center for Theoretical Physics Plasma Focus Facility).

Plasma focus adalah akselerator plasma terdenyut yang menggunakan arus elektrik tinggi untuk memanas dan memampatkan gas sehingga mencapai suhu tinggi (10 juta Kelvin), ketumpatan dan tekanan tinggi (ribuan atm). Dalam keadaan ekstrem sedemikian, gas tersebut akan memancarkan cahaya ultraungu, X-ray, electron dan alur ion. Sekiranya gas yang digunakan itu adalah deuterium, plasma yang termampat akan mencetus proses fusion nuklear dan akan menghasilkan neutron. Manakala apabila gas argon digunakan, sinar X akan terhasil. Ini menunjukkan bahawa peranti ini mempunyai sifat yang versatil dan sesuai digunakan untuk tujuan radiography, ubahsuai bahan, teknologi nano dan aplikasi lain. Peranti ini tidak memerlukan kos tinggi untuk dibina dan diselenggara. Ia mudah dikendalikan kerana kecil dan mudah alih serta berteknologi mudah.

 

adc3

adc8

Peralatan plasma focus

Sistem ini terdiri dari komponen utama berikut:

  1. Pengecas voltan tinggi
  2. Bank kapasitor
  3. Suis spark gap dan litar pencetus elektronik SCR
  4. Tiub penumpu dengan kebuk tertutup
  5. Sistem vakum dan peralatannya (tolok vakum, o-ring, gegelung tengah, pengapit dan gas (seperti argon dan deuterium)
  6. Sistem pengumpulan data (oscilloskop berkeupayaan tinggi) dan system penganalisa berkomputer
  7. Peralatan diagnostic (gegelung Rogowski untuk pengukuran arus, probe voltan tinggi untuk mengukur voltan, pengesan sinar X dan spectrometer, cecawan Faraday untuk mengesan electron dan ion.

Peranti Plasma Fokus di Nuklear Malaysia telah berjaya menghasilkan Sinar X yang dikesan dengan kaedah pengimejan menggunakan kepingan radiography. Kepingan ini diletak rapat di atas bejana. Imej radiaograpi yang diperolehi dianalisa dengan teliti. Buat masa ini kerja-kerja yang dijalankan adalah untuk mengubahsuai peranti tersebut supaya boleh meningkatkan kadar penghasilan neutron dan juga kerja membina pengesan neutron.

 

adc4 adc5

 Pengesan X-ray


adc6

imej x-ray radiographic pada 1.5 mbar Argon pressure dengan a operasi voltage yang berlainan.

 


Untuk maklumat lanjut, sila layari SISPA.