Portal Rasmi Agensi Nuklear Malaysia

Pembangunan Asselerator

Pembangunan Akselerator adalah satu program penyelidikan yang di selaraskan oleh Bahagian Sokongan Teknikal. Seperti namanya, bidang penyelidikan utama adalah menyokong teknologi akselerator dan pembangunannya di Malaysia dengan sasaran untuk membina akselerator tempatan. Kumpulan penyelidikan ini telah diberikan kepercayaan, dalam perancangan strategik, untuk turut serta dalam projek topdown yang berkaitan dengan fizik zarah, akselerator dan aplikasinya. Sebagai menyokong program kuasa nuklear Negara, pusat ini berhasrat untuk menyediakan kemudahan asas untuk kerja-kerja berkaitan dengan Sistem Pacuan Akselerator dan fusion, seperti generator neutron dan pemecut zarah. Buat masa ini, aktiviti di pusat ini tertumpu kepada dua projek iaitu Pembangunan Mesin Alur Electron bertenaga rendah dan Peralatan Plasma Focus.

 


Untuk maklumat lanjut, sila layari SISPA.