Portal Rasmi Agensi Nuklear Malaysia

Penilaian Sumber Air dan Alam Sekitar

Sumber asli adalah merujuk kepada penggunaan mampan sumber asli utama seperti tanah, air dan mineral. Air adalah pra-syarat untuk kehidupan manusia, haiwan dan tumbuhan, serta sebagai sumber yang diperlukan untuk aktiviti-aktiviti ekonomi.  Pada kebanyakan tempat di dunia ini, sumber air permukaan dan air tanah adalah mudah terdedah kepada berbagai risiko akibat daripada  penggunaan air secara berleluasa tanpa kawalan, pertambahan penduduk yang semakin rancak, peningkatan permintaan air dalam berbagai aktiviti pertanian dan ancaman pencemaran persekitaran. Risiko-risiko ini sering diburukkan lagi oleh kekurangan pemahaman tentang keadaan tempatan yang mengawal sesuatu kejadian, penyebaran dan pengurusan sumber air permukaan dan sumber air tanah secara menyeluruh.  Permasaalahan hidrologi seperti ini yang berkait rapat dengan aspek pengurusan dan pembangunan sumber  air  secara mampan boleh dikaji dan kebanyakannya boleh diselesaikan dengan menggunakan teknik nuklear @ isotop (penyurih isotop sekitaran dan radioisotop).  Maklumat atau hasil yang diperolehi daripada penggunaan teknik  isotop dan nuklear yang dianggap sebagai pelengkap dan tambahan kepada pendekatan lazim yang kebiasaannya digabungkan dengan maklumat hidrologi atau geofizik daripada teknik non- nuklear (teknik lazim seperti penggunaan kaedah keberintangan elektrik tanah) untuk menghasilkan pemahaman yang komprehensif  tentang sistem air bawah tanah (air tanah) berskala besar (rantau) atau sistem air permukaan, serta menyediakan asas yang kukuh secara saintifik untuk pihak pengurusan membuat keputusan yang terbaik.  Dalam kes-kes tertentu, teknik nuklear dianggap sebagai salah satu alat yang penting yang sedia ada dan memihak kepada ahli hidrologi dan jurutera sumber air bagi membantu mereka membongkar dan menyelesaikan selok-belok yang wujud dalam sistem sumber  air kita. Pemerhatian dan minat di dalam bidang kajian seperti ini terus berkembang sebagaimana yang ditunjukkan oleh peningkatan jumlah permintaan daripada beberapa pihak berkuasa berkaitan air di Negara ini.


Di Malaysia, usaha untuk menggalakkan penggunaan teknik isotop dalam sumber air dan hidrologi serta sektor pengurusan alam sekitar telah diperjuangkan oleh Agensi Nuklear Malaysia (Nuklear Malaysia). Nuklear Malaysia adalah satu-satunya institut penyelidikan nuklear di negara ini yang  memainkan  peranan penting  menggalakkan penggunaan secara aman teknologi isotop melalui aktiviti-aktiviti usaha sama penyelidikan dan pembangunan (R & D) yang agresif, kerja-kerja perundingan dan perkhidmatan yang ditawarkan kepada pelbagai pihak berkepentingan atau pelanggan khususnya agensi-agensi berkaitan kerajaan dan sektor swasta termasuk universiti.

 

Di antara isu-isu utama yang boleh ditangani melalui penggunaan teknologi nuklear dalam bidang Pengurusan Sumber Air dan Alam Sekitar dari segi menyediakan maklumat unik dan penting kepada pihak-pihak yang berkuasa (berkepentingan) adalah seperti berikut:

  • Penilaian potensi sumber air tanah untuk bekalan air (contoh penentuan sumber dan asal-usul, usia- air, kualiti air dan dinamik aliran seperti kadar imbuhan, perilaku percampuran, pergerakan dan arah aliran)
  • Kemasinan air tanah (Penerobosan air masin ke dalam sistem air tawar)
  • Pencemaran air permukaan / air tanah (contoh daripada tapak pelupusan sanitari, sisa luahan munisipal/ industri dan kolam ternak ikan)
  • Saling hubungan antara berbagai jasad-jasad air (contoh: air laut, sungai, air tanah, mata air, air hujan, tasik/ kolam/lombong, dsb) Menjejaki sumber dan migrasi bahan pencemaran (kajian forensik alam sekitar)
  • Keseimbangan air (simpanan, kadar penyusupan, ciri-ciri aliran, evapo-transpirasi)
  • Pemendapan (sedimentasi) dan hakisan dalam tasik dan takungan air
  • Pengukuran masa transit, sebaran dan luahan /kadar aliran (contoh aliran sungai dan sistem tali air pertanian)Mengenalpasti masalah kebocoran dan resapan pada struktur semulajadi atau buatan manusia (contoh empangan, taliair, tasik)

 

Senarai sebahagian projek-projek penyelidikan semasa dan terdahulu yang dilakukan:

  • Projek IAEA/RCA RAS 7022 :Penggunaan teknik isotope dalam kajian kedinamikan air bawah tanah dan kadar kemasukan air untuk pengurusan sumbar air tanah)
  • Penilaian kemasukan air tanah menggunakan isotop semulajadi dan teknik konvensional untuk menyokong pengurusan air tanah di Lembangan Sungai Kelantan Utara (NKRB).
  • Projek TC dalam kajian kesan perubahan cuaca ke atas sumber air menggunakan kaedah bersepadu isotop, kimia analisis and teknik konvesional (MAL2012007).
  • Perlindungan abtraksi sumber air minuman, pengkondisian masa sebenar dan rawatanya)
  • Projek IAEA /RCA -RAS7024: Sokongan Nuklear dan teknik isotop untuk menilai impak perubahan iklim untuk pengurusan ekosistem marin yang mampan).
  • Projek Dana Sains (03-03-01-SF0205): Penggunaan teknik isotop dalam mengenal pasti dan mengukur sumber air bawah tanah untuk pengurusan sumber air bawah tanah yang mampan)
  • Projek Dana Sains (03-03-01-SF0255): Penilaian keberubahan iklim di kawasan persekitaran pantai menggunakan isotop & teknik nuklear: memberi tumpuan kepada rekod sedimen & karang)
  • GNIP (Rangkaian Global Isotop dalam Air Hujan).
  • Kajian penyukatan luah menggunakan kaedah radioisotope dan konvensuinal di kawasan tadahan Sg. Weng, Kedah (Perbandingan analisis data luah dari tahun 2003-2005)
  • Kajian Awal Hidrologi Isotop di Kawasan Paya Indah Wetlands (PIW).
  • Penilaian corak dalam kualiti air tawar menggunakan isotop alam sekitar dan teknik kimia untuk pengurusan sumber yang lebih baik di Pulau Langkawi, Malaysia)
  • Projek IAEA/RCA-RAS8093: Penggunaan isotop dalam keselamatan empangan empangan & kajian kelestarian empangan)

 

water

image1 image2

image3

 


Untuk maklumat lanjut, sila layari SISPA.