Portal Rasmi Agensi Nuklear Malaysia

Pengurusan Sisa Radioaktif

Sisa radioaktif adalah terhasil daripada sebarang aktiviti yang melibatkan kuasa nuklear atau bukan kuasa nuklear termasuklah perlombongan dan pemprosesan mineral. Seperti bahan sisa lain, sisa radioaktif perlu diuruskan dengan betul dan selamat agar keselamatan dan kesihatan orang awam dan alam sekitar tidak terjejas ketika ini juga tidak membebankan generasi akan datang. Justeru, Agensi Nuklear Malaysia selaku peneraju dalam bidang pengurusan sisa radioaktif telah diberi kepercayaan untuk mengurus sisa radioaktif di Malaysia.

Sehubungan dengan itu, antara aktiviti utama yang telah dijalankan termasuklah pengurusan sisa radioaktif, repositori kebangsaan untuk pemprosesan dan pelupusan sisa radioaktif, pembangunan proses rawatan termal, selaras dengan konsep "Waste to Wealth" (W2W). Aktiviti penyelidikan dan pembangunan ditumpukan terhadap pembangunan kaedah dan teknologi di sepanjang rantaian aktiviti dalam pengurusan sisa radioaktif termasuklah pencirian sisa, pengangkutan, rawatan awal, penyesuaian dan pelupusan. Pada masa yang sama, kepakaran dan pengalaman yang telah dibina digunakan untuk rawatan sisa bukan radioaktif yang lain seperti sisa pepejal perbandaran, sisa perubatan dan pengurusan sisa berbahaya.

 

Senarai penyelidikan dalam pengurusan sisa:

  • Radioaktiviti alam sekitar
  • Produk dan teknologi mesra alam
  • Perlindungan alam sekitar
  • Pengurusan sisa

 

Senarai projek penyelidikan:

  • National Renewable Energy Resources Mapping And Assessment - Ahli Kumpulan: Sivapalan Kathiravale, Dr. Norasalwa Zakaria, Rohyiza Ba’an, Mohammad Nizammuddin Abd. Aziz, Ridwan Abd. Rahim
  • Catalytic De-Polymerization Process Waste To Wealth (Techno Fund) - Ahli Kumpulan: Sivapalan Kathiravale, Dr. Norasalwa Zakaria and Dr. Mohd Abd Wahab Yusof
  • Thermal Treatment of Spent Ion Exchange Resin Generated From Puspati Triga Reactor Nuclear Malaysia. - Ketua Projek: Rohyiza Ba’an
  • Penahan Geokimia Semulajadi Untuk Repositori Dekat Permukaan (Natural Geochemical Barrier For Near-Surface Repository) - Ketua Projek: Ahmad Hasnulhadi Che Kamaruddin
  • Conversion of Organic Liquid Dehpa/Ok Into Solid Phase By Direct Precipitation Method  (DEPHA project) - Ketua Projek: Nurul Wahida Ahmad Khairuddin
  • Organic Waste Project - Ketua Projek: Nurul Wahida Ahmad Khairuddin
  • Project Borehole Disposal of Disused Sealed Radioactive Sources (Boss) - Ketua Projek: Thanaletchumy Karuppiah
  • Project National Repository – Ketua Projek: Dr. Mohd Abd. Wahab Mohd
  • Development of Thermal Treatment Process to Treat Organic Liquid Scintillant –Ketua Projek: Dr. Norasalwa Zakaria.

 


Untuk maklumat lanjut, sila layari SISPA.