Portal Rasmi Agensi Nuklear Malaysia

Teknologi Tenaga dan Sisa

Waste and Energy Technology Group (WETec) telah ditubuhkan untuk menjalankan penyelidikan dan memberi perkhidmatan di dalam teknologi sisa dan tenaga alternatif. Kumpulan yang sebelum ini dikenali sebagai MINT Incineration and Renewable Energy Center (MIREC), telah ditubuhkan pada tahun 2000. Penubuhannya selari dengan rancangan kerajaan untuk mengembangkan penjanaan tenaga boleh diperbaharui daripada pelbagai sumber di samping menyelesaikan masalah pengurusan sisa negara.

waste1 waste2 waste3

Sebagai sebuah pusat penyelidikan yang bertanggungjawab terhadap kajian mengenai teknologi sisa WeTEC mengendalikan penyelidikan dan menyediakan khidmat seperti berikut:

Penyelidikan dan Pembangunan
• Kajian teknologi sisa dan tenaga
• Kajian proses teknologi termal
• Kajian pelepasan gas terhadap perubahan input
• Penghasilan refuse derived fuel (RDF)
• Penghasilan tenaga dari biomas
• Menjana potensi sel bahan api dan tenaga alternatif lain
• Pembangunan kaedah standard untuk pemonitoran sisa dan pencemaran
• Pembangunan konsep pengubahan sisa kepada tenaga alternatif menggunakan teknologi rawatan yang sesuai
• Rekabentuk dan pemodelan fasiliti rawatan sisa

 


Untuk maklumat lanjut, sila layari SISPA.