Portal Rasmi Agensi Nuklear Malaysia

Penilaian Keradioaktifan Marin

Oleh kerana lebih daripada 70% permukaan bumi terdiri daripada lautan, persekitaran marin menjadi penerima utama pelbagai jenis radionuklid yang dibebaskan dari pelbagai sumber, kedua-duanya dirancang dan tidak sengaja. Penyumbang utama kepada aras umum radionuklid antropogenik ditemui di perairan marin adalah kesan daripada ujian senjata nuklear atmosfera (yang dijalankan terutamanya dalam tahun 1950-an dan 1960-an), kemalangan nuklear Chernobyl dan Fukushima, pelepasan radionuklid daripada pemasangan loji nuklear dan pemprosesan semula bahan api nuklear, lambakan sisa nuklear ke dalam lautan dunia dan laut, kemalangan kapal selam nuklear, sumbangan dari tapak ujian senjata nuklear, kehilangan senjata nuklear dan punca radioaktif, dan pembakaran satelit. Tiga radionuklid antropogenik i.e. Sr-90, Cs-137 and Pu-239+240 adalah radionuklid yang paling melimpah dan tinggi dari segi radiologinya untuk pemancar beta, gamma dan alfa. Kehadirannya di persekitaran marin boleh membawa kepada dos radiasi yang tinggi kepada manusia dan biota laut. Lain-lain radionuklid di persekitaran marin adalah H-3, C-14 dan Am-241 yang juga masih boleh dikesan dan diukur. Radionuklid berseparuh hayat pendek seperti I-131 dan Cs-134 boleh menjadi sangat penting berikutan kemalangan nuklear dan diukur bersama-sama dengan radionuklid lain. Selain daripada radionuklid antropogenik, keradioaktifan semula jadi daripada siri pereputan U-238, Th-232 dan U-235 dan di samping itu K-40 juga diukur dalam sampel marin. Radionuklid ini boleh dibekalkan secara terus kepada persekitaran marin dari atmosfera melalui pemendapan kering dan basah; dan secara tidak langsung oleh aliran air dari sungai dan daratan.


Pada tahun 2003, Lembaga Pelesenan Tenaga Atom dengan penglibatan Nuklear Malaysia melaksanakan program pemantauan marin menyeluruh untuk membangunkan pangkalan data keradioaktifan marin negara. Projek berakhir pada tahun 2007 yang mana aras keaktifan radionuklid didapati berbeza dalam air laut, sedimen marin, biota laut yang dipilih di seluruh negara dan telah dikumpul dan didokumenkan. Aras keradioaktifan di persekitaran marin Malaysia telah dipantau secara berterusan menggunakan peruntukan kerajaan yang diperoleh dari Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi di bawah Geran Penyelidikan Dana Sains. Pelayaran saintifik juga telah diadakan untuk memperoleh data yang komprehensif mengenai aras keradioaktifan dalam air laut dan sedimen marin di pesisir pantai dan juga kawasan luar pesisir pantai.


Berikutan kemalangan loji kuasa nuklear Fukushima Daiichi pada Mac 2011 yang mengakibatkan pelepasan terbesar radioaktif antropogenik kepada persekitaran marin di rantau Asia Pasifik yang mana isu pencemaran radioaktif mendapat perhatian. Di Malaysia, aras keradioaktifan air laut dan biota marin dipantau di lima stesen pemantauan yang terletak di Pulau Perhentian, Pulau Tioman, Pulau Labuan, Pulau Penyu dan Pelabuhan Bintulu yang mana keputusan pengukuran tidak menunjukkan input tambahan 134Cs dan 137Cs ke dalam persekitaran marin negara. Pengukuran keradioaktifan dilakukan ke atas biota marin bagi memastikan bahawa ikan laut adalah bebas daripada sebarang bahan cemar radioaktif dan selamat untuk dimakan.

Description: Description: \\nas2\Radiokimia\Photo Gallery 2013\Persampelan di Pulau Kuraman, Labuan (08 - 10 sept 2013)\P1030093.JPG
Penyediaan sampel biota marin untuk pengukuran keradioaktifan


Description: Description: \\nas2\Radiokimia\Photo Gallery 2014\gambar persampelan marin 2014\DSCN2948.JPG
Persampelan air laut dan sedimen untuk penilaian keradioaktifan marin

 Senarai Tajuk Penyelidikan Berkaitan dengan Penilaian Keradioaktifan Marin

  • Pemantauan radionuklid semula jadi dan antropogenik (Ra-226, Ra-228, Po-210/Pb-210, U-234, U-238, Th-228, Th-230 Th-232, Am-241, Cm-243, Cs-137, dan Pu-239+240) dalam sedimen, air laut (terlarut dan terampai) dan biota (ikan, terumbu karang,  bivalve dan kerang, dan abiota (plankton, rumput laut, rumpai laut, dll.).
  • Pembangunan geokronologi pencemaran menggunakan siri pereputan U-Th.
  • Kadar sedimentasi, inventori, fluks dan Kd bahan cemar radioaktif.
  • Perlakuan, nasib dan pengangkutan bahan cemar radioaktif/bukan bahan cemar radioaktif
  • Pengambilan dan bioakumulasi radionuklid dalam biota dan abiota marin.
  • Kajian awal penilaian radiologi di persekitaran marin.
  • Pencirian pengankutan radionuklid di ekosistem paya bakau menggunkan teknik radiopenyurih.
  • Hubungkait perubahan iklim dan kandungan karbon marin.
  • Aplikasi teknologi radiopenyurih bagi penilaian keselamatan makanan laut.

 

Projek Penyelidikan Semasa berkaitan dengan penilaian Keradioaktifan Marin

  • Assessment of Climate Variability in Coastal  Environment Area Using Isotopic & Nuclear Techniques: Focusing on Sediment & Coral Records (MOSTI ScFund- 03-03-01-SF 0255): 2014 – 2017.
  • Supporting Nuclear and Isotopic Techniques to Assess Climate Change Impact for Sustainable    Marine Ecosystem    Management (IAEA/RCA RAS/7/024): 2012 – 2015.
  • Marine Benchmark Study on The Possible Impact of The Fukushima Radioactive Releases in The Asia-Pacific Region (IAEA/RCA RAS/7/021): 2011 – 2015.
  • The Extent and Impact of the Releases of Radioactivity from the Fukushima Daiichi Nuclear Power Plant into Malaysian Marine Environment (MOSTI SciFund: 04-03-01-SF0128): 2011–2014.
  • Harmonizing Nuclear and Isotopic Techniques for Marine Pollution Management at the Regional Level (IAEA/RCA RAS/7/019): 2009 – 2012.
  • Establishing a Benchmark for Assessing the Radiological Impact of Nuclear Power Activities on the Marine Environment in the Asia Pacific Region (IAEA/RCA RAS/7/016): 2007 – 2011.
  • Distribution of Radioactive Contaminants Cs-137, Pu-239+240 and Am-241 in Seawater and Sediments of Sulu-Sulawesi Sea (EPSP’09) NM-R&D-10-09: 2009 – 2010.
  • Establishment of Anthropogenic Radioactivity Concentration in Peninsular Malaysia Marine Environment (EEZ), (MOSTI SciFund- 04-03-01-SF0020): 2007 – 2010.
  • Application of Nuclear Techniques to Study Bioaccumulation and Transfer Factor for Marine Biota (MOSTI SciFund- 04-03-01-SF0022): 2007 – 2009.

 

 


Untuk maklumat lanjut, sila layari SISPA.