Portal Rasmi Agensi Nuklear Malaysia

Atmosfera dan Bumi

Kajian mengenai persekitaran atmosfera dan teresterial amat penting kerana kajian ini berkaitan dengan perlindungan / pemeliharaan alam sekitar dan kesihatan hidupan termasuk manusia. Akibat daripada kemajuan perindustrian dan perbandaran, pencemaran persekitaran atmosfera dan teresterial telah menjadi kebimbangan utama kebanyakan negara di seluruh dunia. Di Malaysia, pelbagai projek penyelidikan berkaitan persekitaran atmosfera dan teresterial telah dan sedang dijalankan. Pelbagai teknik analitikal telah digunakan untuk mendapatkan sejumlah data yang mencukupi bagi radionuklid, toksik dan unsur surih, serta bahan cemar organik. Sampel dan data yang telah dikumpulkan dari pelbagai lokasi dalam negara akan memberikan maklumat mengenai penyebaran dan penentuan punca pencemaran dalam persekitaran atmosfera dan teresterial. Kajian akan datang akan meliputi pencemaran biogeokimia bagi pencemaran bahan bukan organik dan organik. Kajian ini juga termasuk permodelan penyebaran pencemaran ini dalam persekitaran atmosfera dan teresterial.

Senarai kajian berkaitan persekitaran marin;            

  • Pemonitoran radioaktif semulajadi dan antropogenik (radionuklid Ra-226, Ra-228, Po-210/Pb-210, U-234, U-238, Th-228, Th-230 Th-232, Am-241, Cm-243, Cs-137, and Pu-239+240) dalam tanah, batu, makanan, tumbuhan (tanaman makanan, fungus, lumut, tumbuhan dan buah-buahan dan fauna
  • Pemonitoran pencemaran toksik dan logam berat dalam tanah, batu, makanan, tumbuhan (tanaman makanan, fungus, lumut, tumbuhan dan buah-buahan dan fauna
  • Ambilan dan pengumpulan bio radionuklid dan elemen toksik dalam flora dan fauna
  • Pemindahan dan migrasi bahan-bahan radioaktif/bukan radioaktif (contoh., pergerakan tritium)
  • Pemonitoran bahan radioaktif dan bukan radioaktif dalam udara (PM10 and PM2.5)
  • Pemonitoran bahan radioaktif dan bukan radioaktif dalam air hujan
  • Pemodelan penyebaran radionuklid/pencemaran udara termasuk jarak jauh dan rentas sempadan

 

Senarai projek kajian:

  1. Utilization of Research Reactor – Multielement Analysis In Rice Grains by Instrumental Neutron Activation Analysis (FNCA project) – Ahli Projek: Md Suhaimi Elias, Nazaratul Ashifa Abdullah Salim dan Dr Wee Boon Siong
  2. Investigation on Mosses and Lichen as bio-indicator for air monitoring using Neutron Activation Analysis and Inductive Couple Plasma Mass Spetrometry – Ketua Projek: Shakirah Shukor
  3. IAEA/RCA/RAS/8/082: Isotopic and Related Techniques to Assess Air Pollution (1999 -2002) - Ketua Projek: Dr Abdul Khalik Wood
  4. IAEA/RCA/RAS/7/013: Improved Information of Urban Air Quality Management in The RCA Region (2003-2006) -  Ketua Projek: Dr Mohd Suhaimi Hamzah
  5. IAEA/RCA/RAS/7/015: Characterization and Source Identification of Particulate Air Pollution in the Asian Region (2007-2010) -  Ketua Projek: Dr Mohd Suhaimi Hamzah
  6. IAEA/RCA/RAS/7/023: Supporting Sustainable Air Pollution Monitoring Using Nuclear Analytical Technology (2012-2015) -   Ketua Projekr: Pn Shamsiah Abdul Rahman
  7. IAEA/RCA/RAS/7/029: Assessing the Impact of Urban Air Particulate Matter on Air Quality (2016 -2018) -  Ketua Projek:  Pn Shamsiah Abdul Rahman
  8. RCARO project: Air Quality & Environmental Impact Assessment of Industrial Activities in Klang Valley, Kuala Lumpur (2018-2020) -  Ketua Projekr: Pn Shamsiah Abdul Rahman


Untuk maklumat lanjut, sila layari SISPA.