Portal Rasmi Agensi Nuklear Malaysia

Teknologi, Kejuruteraan dan Keselamatan Reaktor

Objektif

  • Membina kepakaran dan menjalankan penilaian teknologi tentang jenis reaktor penyelidikan dan kuasa serta sokongan dari aspek teknikal yang berkaitan dengan penilaian teknologi reaktor kuasa yang akan dibangunkan di negara ini kelak
  • Membina keupayaan dan kepakaran untuk menyokong aspek kejuruteraan RTP sebagai sebahagian daripada persiapan ke arah pembangunan tenaga nuklear di Malaysia
  • Membina keupayaan dan kepakaran dalam keselamatan reaktor penyelidikan dan kuasa sebagai sebahagian daripada persediaan ke arah pembangunan tenaga nuklear di Malaysia dan untuk memastikan bahawa reaktor dan penggunaannya sentiasa dalam keadaan selamat

Skop 

  • Aktiviti penilaian teknologi termasuk Reaktor Kuasa Nuklear, Reaktor Air Bertekanan, Reaktor Air Mendidih, Reaktor Sederhanaan-Air Berat Tiub-Tekanan, Reaktor Sederhanaan-Grafit Tiub-Tekanan, Reaktor Sederhanaan-Grafit Sejukan-Gas, Reaktor Pembiak-Cepat Logam-Cecair, Reaktor termaju dan reaktor penyelidikan
  • Aktiviti kejuruteraan termasuk reka bentuk dan analisis terma hidraulik dan termodinamik reaktor, kejuruteraan keselamatan, bangunan, perisian, ECCS, gempa bumi dan parameter struktur penempatan, reka bentuk elektrik loji kuasa nuklear (NPP), reka bentuk kemudahan penyinaran dan penyelidikan
  • Aktiviti keselamatan reaktor termasuk mengkaji dan mengemas kini laporan analisis keselamatan (SAR) sedia ada, membangunkan SAR untuk reaktor baru, penilaian keselamatan reaktor, penilaian peristiwa memula andaian (PIE), penilaian keselamatan berkebarangkalian (PSA), penilaian keselamatan berketentuan (DSA) untuk analisis kemalangan dan menjalankan penilaian keselamatan reaktor

Aktiviti

  • Penyelidikan
      • Penilaian Teknologi Reaktor khusus kepada teknologi reaktor Republik Korea
      • Kajian dalam Probabilistic Safety Assessment (PSA)
      • Kajian thermal hydraulic teras reaktor pada keadaan mantap menggunakan   Coolod- N2 dan PARET
      • Kajian terma hidraulik bagi sistem reaktor menggunakan RELAP5
      • Kajian aliran cecair penyejuk reaktor menggunakan ANSYS FLUENT
      • Kajian rekabentuk awalan Test Rig bagi pengujian thermal hydraulic

 

  • Projek
      • Mengemaskini perisian ANADATA dan analisa data stack
      • Membangunkan pangkalan data untuk sampel tersinar dan pengurusan penuaan
      • Mengemaskini SAR
    •  

  • Perkhidmatan
      • Penganalisaan berstatistik
      • Menyediakan perkhidmatan / perundingan kepada agensi / syarikat dalam penilaian teknologi, kejuruteraan & keselamatan reaktor dan teknologi berkaitan, antaranya perkhidmatan kepada Malaysia Nuclear Power Corporation (MNPC)
      • Kursus Penggendali Reaktor
      • Tenaga pengajar dalam bidang thermal hydraulic dan keselamatan reaktor
      • Mengkaji permohonan penyinaran.
      • Mengkaji permohonan pengubahsuaian.


Untuk maklumat lanjut, sila layari SISPA.