Teknologi Reaktor Nuklear - Reaktor dan Fizik Nuklear
Objektif
Membina keupayaan dari segi kepakaran dan teknologi dalam bidang fizik reaktor sebagai sebahagian daripada persiapan dan persediaan ke arah pembangunan tenaga nuklear di Malaysia.
Skop
Aktiviti penyelidikan yang berkaitan dengan fizik reaktor dan pengurusan teras. Antara aktiviti ini, termasuk pengiraan neutronik untuk RTP, aplikasi dan pembangunan kod komputer, reka bentuk konfigurasi teras, eksperimen yang berkaitan dengan fizik reaktor dan banyak lagi. Beberapa bidang yang diberi penekanan ialah:
Teori fizik reaktor
Reka bentuk teras reaktor
Reka bentuk kemudahan penyinaran
Fizik reaktor penyelidikan
Pengurusan bahan api dan teras reaktor
Penilaian sampel penyinaran
Penilaian keselamatan bahan api dan rod kawalan
Pengkomputeran berprestasi tinggi
Aktiviti
Penyelidikan
Pengiraan neutronik teras dan pemetaan fluks neutron
Kajian keberkesanan konfigurasi teras ke-15 RTP
Aplikasi komputer kod termasuklah MCNP, MCNPX, TRIGLAV, WIMS, ORIGEN dan McSTAS
Penentuan penyusutan bahan api TRIGA
Pemeriksaan integriti bahan api TRIGA
Pengiraan dan simulasi bagi penaiktarafan keupayaan teras
Pengiraan dan simulasi bagi pembangunan kemudahan penyinaran
Pengiraan dan simulasi bagi bahan pemerisaian sinaran
Pembangunan pangkalan data bagi sejarah pengoperasian RTP
Pembangunan perisian pengurusan teras
Analisis keselamatan dan perlindungan sinaran
Projek
Kajian kebolehlaksanaan naik taraf reaktor
Kajian peningkatan penggunaan lubang sinaran di reaktor termasuk kemudahan radiografi neutron dan Analisis Pengaktifan Neutron Gamma Segera (PGNAA).
Aplikasi Pengkomputeran Prestasi Tinggi (HPC)
Penglibatan dalam projek penaiktarafan konsol, bekas pemindahan dan kolam penyimpanan bahan api terpakai.
Kajian teknologi reaktor janakuasa berasaskan bahan api Torium
Kajian teknologi reaktor janakuasa jenis Reaktor Modul Kecil (SMR)
Perkhidmatan
Menjalankan penilaian sampel bagi tujuan penyinaran
Menyelaras aktiviti penyenggaraan bahanapi dan pengurusan teras
Perhubungan awam dan pengajaran
Pengendali pelawat di reaktor
Tenaga pengajar formal dan instruktur kerja amali di RTP
Pembangunan prosedur dan tatacara kerja untuk pengurusan teras reaktor, penggunaan kemudahan penyinaran, pengiraan dan simulasi serta kerja amali di RTP