Portal Rasmi Agensi Nuklear Malaysia

Elektronik, Instrumentasi dan Kawalan Reaktor

Objektif

  • Membina kepakaran dan keupayaan dalam bidang elektronik, instrumentasi dan kawalan reaktor serta dalam bidang-bidang lain berkaitan teknologi reaktor nuklear
  • Berpengetahuan, memahami dan mengamalkan sistem serta garis panduan yang dibangunkan oleh IAEA dengan mematuhi semua syarat dan peraturan perlesenan, kawalseliaan dan mengikuti perkembangan IAEA dari masa ke semasa bagi aktiviti berkaitan nuklear
  • Memberi pendidikan dan latihan di dalam bidang kejuruteraan elektronik, instrumentasi dan kawalan reaktor nuklear bagi mencapai visi, misi dan objektif organisasi serta menyokong program kuasa nuklear negara

 

Skop         

  • Melaksanakan penyelidikan dan pembangunan (R&D) dalam bidang elektronik, instrumentasi dan kawalan reaktor ke arah pembangunan teknologi nuklear
  • Menjalankan tugas-tugas yang berkaitan dengan pengurusan, pentadbiran dan perancangan kumpulan dalam bidang elektronik instrumentasi & kawalan reaktor
  • Memastikan semua aktiviti penyelidikan dan pembangunan melibatkan reaktor nuklear yang dijalankan telah mengambilkira piawaian antarabangsa yang dicadangkan IAEA serta yang tertakluk di bawah piawaian kebangsaan yang dikuatkuasakan oleh AELB
  • Mengikuti perkembangan berkaitan standard yang dibangunkan oleh IAEA dan AELB bagi aktiviti berkaitan dalam bidang elektronik instrumentasi & kawalan reaktor

Aktiviti

  • Penyelidikan
      • Menjalankan kajian dalam sistem elektronik, instrumentasi dan kawalan reaktor dalam menyokong aktiviti menaiktaraf keupayaan reaktor
      • Mengadakan kerjasama dalam bidang penyelidikan dan pembangunan(R&D)  dalam bidang elektronik, instrumentasi dan kawalan reaktor bersama institusi penyelidikan dan institusi pengajian tinggi

       

  • Projek
      • Projek Reactor Digital Instrumentation and Control System (ReDICS) melalui Pembangunan Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMK-10)
      • Membangunkan rekabentuk sistem dan kejuruteraan bagi ReDICS
      • Menjalankan aktiviti pemasangan, pengujian dan pentauliahan ReDICS
      • Membuka dan memindah konsol kawalan analog ke Makmal Elektronik termasuk mengkod sistem penyambungan wayar dan kabel konsol kawalan RTP
      • Projek Development of Automated Controller System for Controlling Reactivity by Using FPGA (Science Fund 03-03-01-SF0159)
      • Projek The Development of Reactor Console Simulator (PQRD  EDG-12-8)
      • Projek Pembangunan Makmal Elektronik, Instrumentasi dan Kawalan Reaktor

 

  • Perkhidmatan Perform maintenance on RTP control console
      • Melaksanakan penyenggaraan ke atas konsol kawalan RTP
      • Melaksanakan penyenggaraan baikpulih sistem instrumentaasi dan kawalan serta sistem sokongan elektronik lain di RTP
      • Membangunkan dan menambah baik sistem instrumentasi dan kawalan reaktor RTP
      • Memberi perundingan dan latihan kepada kakitangan bahagian, jabatan serta syarikat dan institusi luar berkaitan teknologi nuklear khususnya dalam bidang instrumentasi dan kawalan reaktor
      • Menyampaikan maklumat dan pemindahan teknologi melalui penerbitan dan penulisan teknikal
      • Membantu di dalam pengurusan dan pembangunan seksyen dan bahagian, pembangunan sumber manusia, menyediakan rancangan dan pengurusan kewangan, rancangan projek pembangunan di dalam Rancangan Lima Tahun Malaysia dan rancangan aktiviti penyelidikan khususnya di dalam sistem-sistem instrumentasi dan kawalan reaktor serta lain-lain projek pembangunan yang berkaitan

         


Untuk maklumat lanjut, sila layari SISPA.