Portal Rasmi Agensi Nuklear Malaysia

Operasi dan Penyelenggaraan Reaktor

Objektif

  • Untuk memastikan bahawa syarat-syarat lesen yang ditetapkan oleh badan kawal selia dipatuhi dan operasi RTP yang selamat pada setiap masa
  • Untuk memastikan RTP beroperasi dalam keadaan baik dan selamat dan tidak membahayakan orang awam, pekerja dan alam sekitar

Skop

  • Mengendalikan RTP dengan selamat untuk menyediakan perkhidmatan yang cekap untuk penyinaran dan penyelidikan
  • Mengurus dan menyelia RTP

Aktiviti

  • Operasi & Penyelenggaraan
    1. Mengendalikan RTP dalam keadaan yang selamat untuk mematuhi syarat-syarat lesen yang digariskan oleh badan kawal selia
    2. Menjalankan penyelenggaraan dan pemeriksaan RTP berjadual dan tidak berjadual pada sistem, struktur dan komponen (SSC)

 

  • Penyelidikan
    1. Pembangunan prosedur kendalian reaktor baru
    2. Pembangunan prosedur penyenggaraan termasuk konsol baru
    3. Pelaksanaan program pengurusan penuaan
    4. Pemantauan dedahan dos kawasan dan pekerja
    5. Pemantauan perlepasan udara beradioaktif
    6. Penilaian keutuhan struktur reaktor
    7. Penambahbaikan program pengendalian dan penyenggaraan reaktor
    8. Penulisan buku / dokumen / manual berkenaan dengan sistem-sistem RTP
    9. Menambahbaik sistem pengurusan keselamatan reaktor
    10. Menjalankan aktiviti penyenggaaraan separa tahunan dan tahunan

         

    • Projek
      1. Bekas Pemindahan Bahan Api Nuklear (Fuel Transfer Cask)
      2. Kolam Penyimpanan Bahan Api Terpakai (Spent Fuel Pool)
      3. Pembangunan alat pemeriksaan keutuhan struktur tangki reaktor
      4. Pembangunan peralatan pengendalian sampel tersinar
           
  • Perkhidmatan
    1. Menerima permohonan dan menjalankan penyinaran sampel yang diterima daripada pengguna untuk tujuan penyelidikan
    2. Berurusan dengan pelawat yang hadir di RTP
    3. Menyediakan perkhidmatan / perundingan kepada agensi / syarikat dalam operasi dan penyelenggaraan reaktor dan teknologi berkaitan
    4. Latihan pengendali reaktor
    5. SSAC bahan nuklear

 


Untuk maklumat lanjut, sila layari SISPA.