Portal Rasmi Agensi Nuklear Malaysia

Sistem Dosimetri Maya

Model tiga dimensi realiti maya (3D) boleh menjadi alat bantu mengajar yang berkesan untuk pembelajaran dan latihan di dalam aplikasi kejuruteraan nuklear. Teknologi ini boleh digunakan sebagai model dan simulasi bagi persekitaran merbahaya di kemudahan nuklear dengan bantuan pakej ditempah khas dan pengaturcaraan khusus. Selain daripada boleh digunakan untuk operasi dan senario kecemasan, sistem ini juga sesuai untuk penilaian, pembelajaran dan amalan berkaitan keselamatan kakitangan di loji nuklear dan kemudahan nuklear yang lain.

Sistem yang sedang dibangunkan adalah simulasi radiasi untuk perancangan dedahan kakitangan menggunakan teknologi realiti maya di kemudahan nuklear. Sistem ini berupaya menilai tahap dedahan kakitangan terhadap prosedur kerja alternatif, teknik-tenik perkongsian, perlindungan alternatif dan langkah-langkah pengoptimuman lain yang mungkin boleh dilaksanakan.

 

image1



Untuk maklumat lanjut, sila layari SISPA.