Portal Rasmi Agensi Nuklear Malaysia

Hot Cell Mudah Alih

Hot Cell Mudah Alih (MHC) ialah sebuah kemudahan mudah alih yang digunakan bagi mengendalikan aktiviti melibatkan bahan-bahan nuklear. Penggunaan kemudahan ini akan dapat memastikan keselamatan kakitangan yang terlibat dengan pengendalian sebarang bahan beradioaktif. MHC ialah kemudahan radioaktif berpelindung dengan kandungan udara terkawal untuk menghalang dedahan dan pencemaran bahan-bahan radioaktif. Kemudahan ini juga dilengkapi dengan manipulator jauh untuk pengendalian dan tingkap berpelindung untuk memastikan aktiviti tidak membahayakan kakitangan terlibat. Hot Cell ini juga direka bentuk agar mudah dipasang dan dilerai untuk mudah alih.

Pada masa ini, hanya ada dua kemudahan seperti ini di seluruh dunia. MHC ini bertujuan untuk mengendalikan sumber radioaktif tahap tinggi di mana-mana lokasi terpencil sama ada untuk tujuan kecemasan ataupun tujuan-tujuan lain. Komponen-komponen kemudahan ini boleh dihantar ke lokasi yang diperlukan dengan jenis pengangkutan yang sesuai sebelum dipasang di lokasi tersebut. Ketika ini, kemudahan ini di dalam peringkat pembangunan menggunakan kepakaran dan komponen tempatan.

 

image1



Untuk maklumat lanjut, sila layari SISPA.