Portal Rasmi Agensi Nuklear Malaysia

Indigenous Hot Cell

Hot cell adalah sebuah kemudahan pengendalian bahan nuklear yang memastikan keselamatan kakitangan terlibat dalam pengendalian apa-apa bahan radioaktif.Kemudahan ini adalah kemudahan radioaktif yang dilindungi dengan membendung udara kawalan untuk mengelakkan pendedahan dan pencemaran bahan-bahan radioaktif. Bagi memastikannya tidak membahayakan kakitangan terlibat, hot cell dilengkapi dengan manipulator kawalan jauh untuk pengendalian dan tingkap plumbum kaca untuk pemantauan.

Cadangan untuk membangunkan kemudahan hot cell tempatan tercetus akibat dari kekangan kewangan yang dihadapi oleh Nuklear Malaysia untuk memasang kemudahan hot cell baru. Pengalaman ketika menjalankan kerja-kerja penyelenggaraan termasuk pengubahsuaian dinding pelindung telah memberi keyakinan pegawai Nuklear Malaysia untuk membangunkan sendiri hot cell. Pasukan pereka bentuk hot cell ini terdiri daripada jurutera mekanikal, penolong-penolong jurutera dan juruteknik-juruteknik kanan. Reka bentuk keseluruhan disediakan oleh pegawai-pegawai Nuklear Malaysia manakala kompenan hot cell ini difabrikasi oleh fabrikator tempatan. Hanya beberapa kompenan khas seperti kaca plumbum, tong pemasangan, palam servis dan elemen-elemen penapis diimport dari luar negara. Pembinaan, pengujian dan pentauliahan dilakukan oleh pegawai-pegawai Nuklear Malaysia termasuklah kakitangan sokongan.

Kos untuk membina Indigenous Hot Cell ini adalah 2.6 kali lebih rendah berbanding dengan mengimportnya dari luar negara. Kemudahan ini juga dipertingkatkan dengan ciri-ciri baru seperti hoist dalaman , pintu keselamatan pneumatik didorong dan lubang akses khas untuk tong kecil pengangkutan radioaktif. Hot cell ini kini digunapakai untuk penghasilan sumber iridium.

Description: Image693

 



Untuk maklumat lanjut, sila layari SISPA.