Portal Rasmi Agensi Nuklear Malaysia

Pemancar Gama

Irradiator Gama ialah sebuah kemudahan (skala besar) atau peralatan (skala kecil) yang menggunakan sumber radioaktif terkedap untuk penyinaran bahan. Kemudahan ini digunakan secara meluas di dalam industri untuk dekontaminasi bakteria dalam produk perubatan dan iradiasi makanan serta penentukuran peralatan. Di dalam aktiviti penyelidikan dan pembangunan (P&P), ciri-ciri radioaktif tinggi sumber terkedap di dalam irradiator yang boleh mengubahsuai sel genetik telah digunakan untuk menyinar kultur tisu dalam usaha untuk menambahbaik ciri-ciri tumbuhan.

Di Malaysia, hanya beberapa buah syarikay yang menyediakan khidmat iradiasi kepada industri, sama ada di dalam sektor perubatan, P&P atau pembuatan. Hospital dan pusat penyelidikan seperti Nuklear Malaysia adalah pemain utama untuk kemudahan iradiasi. Peralatan terbaru adalah gamma cell untuk iradiasi akut sel tumbuhan. Irradiator ini dihasilkan oleh syarikat di luar negara dan kosnya amat tinggi. Oleh kerana kos yang tinggi untuk mengimport irradiator, kepakaran tempatan perlu dibangunkan untuk merekabentuk dan menghasilkan gama irradiator tempatan. Kos penyelenggaraan sebuah irradiator import yang juga tinggi menjadi salah satu sebab untuk menghasilkan irradiator tempatan.

Sebagai permulaan, pembangunan kejuruteraan untuk gamma irradiator ini bermula dengan irradiator kategori 1 (skala kecil) untuk penyelidikan mutasi tumbuhan dalam industri agrikultur. Pada masa ini, kemudahan ini dalam fasa pembangunan menggunakan kepakaran dan kompenan tempatan.

 

image1          image2



Untuk maklumat lanjut, sila layari SISPA.