Portal Rasmi Agensi Nuklear Malaysia

Makmal Penanda Genetik Molekul

Makmal penanda genetik molekul merupakan Makmal Molekul Standard di Nuklear Malaysia yang dilengkapi dengan peralatan seperti Gradient PCR, Tissue Lyser and Genetic Analyser 16-Capillary ABI3100.  Makmal ini menjalankan aktiviti yang berkaitan dengan pencarian jujukan DNA dalam menghasilkan primer, analisis serpihan, gen sasaran dan penanda DNA. Di makmal ini, alat Bioinformatik yang berkaitan dengan DNA, RNA, dan analisis jujukan protein yang dikenali sebagai CLC Combined Workbench Software juga digunapakai dan diaplikasikan bersama dalam penjajaran jujukan DNA, kajian filogenetik dan Kajian PolymorphismNukleotida Tunggal berhubung dengan aktiviti induksi mutasi tumbuhan.


Pegawai yang boleh dihubungi:Dr Azhar Mohamad (azhar@nuclearmalaysia.gov.my)

1 2
Alat penjujkan DNA Model ABI-3100

Alat CLC Combined Workbench Software untuk Analisa serpihan dan penjujukan setara


Untuk maklumat lanjut, sila layari SISPA.