Portal Rasmi Agensi Nuklear Malaysia

Laman Flora GENETIKA

Laman Flora GENETIKA telah dibangunkan pada tahun 1997 dengan objektif untuk memantapkan lagi sistem pengeluaran anak benih tanaman dan ia telah dirasmikan oleh YABhg. Tun Dr. Siti Hasmah Mohd Ali pada tahun 2000. Ia mempunyai dua rumah teduhan dan 5 rumah hijau yang dikelilingi oleh landskap indah serta pelbagai taman-taman mini. Ketika ini, terdapat lebih kurang 100 spesis tanaman di sini, termasuklah 20 kultivar baru yang telah dihasilkan melalui teknik mutasi aruhan, antaranya ialah Hibiscus rosa-sinesis ‘Siti Hasmah RedShine’, Hibiscus rosa-sinesis ‘Siti Hasmah Pinky Beauty’, Cordylines terminalis ‘Mantap’ Cordylines terminalis ‘Jaguh’, Duranta repens ‘Marginata’, Tradescantia spathecea ‘Sobri’ dan lain-lain

Pegawai yang boleh dihubungi: Puan Shakinah Salleh (shakinah[at]nuclearmalaysia.gov.my)

1

2 3 5
4 6 7

 

 


Untuk maklumat lanjut, sila layari SISPA.