Portal Rasmi Agensi Nuklear Malaysia

Loji Bioreaktor Termaju

Agensi Nuklear Malaysia telah membangunkan kemudahan teknologi bioreaktor untuk pengeluaran besar-besaran kultur akar Tongkat Ali yang boleh mengurangkan masa yang matang dari 7-10 tahun ke hanya beberapa bulan. Ini adalah sistem bioreaktor maju yang pertama dibina di Malaysia dan Asia Tenggara untuk pengeluaran berskala besar kultur akar tumbuh-tumbuhan herba dan ubat-ubatan . Teknologi bioreaktor maju adalah satu penyelesaian yang sangat baik dalam memastikan bekalan yang berterusan bagi pengeluaran akar Tongkat Ali dan tumbuhan ubatan lain untuk pengekstrakan sebatian bioaktif . Akar Tongkat Ali dan bahan ekstrak daripada teknologi ini adalah bertujuan untuk digunakan dalam perubatan herba , pemakanan berasaskan herba, makanan tambahan kesihatan herba dan pasaran makanan yang mempunyai fungsi kesihatan . Sistem yang dibangunkan boleh digunakan sebagai teknologi platform untuk tumbuhan ubatan yang lain seperti Ginseng , Kacip Patimah dan lain-lain.

Pegawai yang boleh dihubungi: Dr. Rusli Ibrahim (rusli[at]nuclearmalaysia.gov.my)

bioreactor


Untuk maklumat lanjut, sila layari SISPA.