Portal Rasmi Agensi Nuklear Malaysia

Kemudahan Makmal Biologi Molekul

Makmal Biologi Molekul mempunyai kesemua peralatan asas untuk kegunaan kajian biologi molekul bagi memahami aspek mutasi genetik dalam tumbuhan, bakteria dan fungi yang disebabkan oleh sinaran mengion. Antara peralatan yang terdapat di makmal ini adalah Sistem pengimejan DNA (Syngene, Chemi Genius), Sistem Real Time PCR (CFX96, BioRad) dan UV Spectrophotometer (Nanodrop ND1000). Aktiviti yang dijalankan di makmal ini termasuklah pemencilan DNA dan RNA, kuantifikasi asid nukleik, elektroforesis agar dan dokumentasi digital, amplifikasi asid nukleik (teknik berasaskan PCR), real time PCR (kuantitatif), penjujukan DNA dan analisa asas bioinformatik.

Pegawai yang boleh dihubungi: Affrida Abu Hassan (affrida[at]nuclearmalaysia.gov.my)

1 2

Teknik Nanodrop untuk kuantifikasi DNA/RNA

RT-PCR untuk analisa ekspresi gen

3

Penyediaan sampel untuk aktiviti molecular


Untuk maklumat lanjut, sila layari SISPA.