Portal Rasmi Agensi Nuklear Malaysia

Kemudahan Kosmetik GMP

Kemudahan Kosmetik GMP komited dalam menghasilkan produk kosmetik yang selamat, berkesan dan diyakini oleh pengguna. Kemudahan ini terletak di Blok 42, Jalan Dengkil dan mula beroperasi pada tahun 2004 untuk penghasilan produk pembalut luka hidrogel. Kemudahan ini merangkumi pemprosesan, ujian kawalan kualiti, bahan mentah dan penyimpanan bahan dalam keadaan yang baik. Kemudahan dikelaskan sebagai ‘Bilik kawalan tidak berkelas’ dengan sistem pengudaraan dinamai ‘tidak berkelas’ untuk kawasan biasa. Pada tahun 2006, produk kosmetik seperti pad mata dan pelembab bibir dihasilkan untuk analisa makmal dan kajian penerimaan.

Pegawai yang boleh dihubungi:Dr Zainon Othman (zainon[at]nuclearmalaysia.gov.my )

image1


Untuk maklumat lanjut, sila layari SISPA.