Portal Rasmi Agensi Nuklear Malaysia

Khidmat Penyinaran Kronik Rumah Hijau Gama (GGH)

Rumah Hijau Gama (GGH) adalah satu kemudahan penyinaran kronik yang terletak di MINT Tech-Park, Agensi Nuklear Malaysia (Nuklear Malaysia), Jalan Dengkil. GGH ini digunakan untuk aruhan mutasi ke atas tumbuh-tumbuhan dan sampel biologi lain dengan radiasi dos rendah dalam tempoh masa bergantung kepada jenis dan kepekaan spesis tumbuhan. GGH ini terdiri daripada rumah hijau bulat dengan 15 m radius, bilik kawalan dan irradiator dengan sistem saling. Irradiator menghasilkan radiasi gamma dos yang rendah dari sumber radioaktif Caesium-137. Sampel biologi boleh terdedah kepada sinaran dos rendah dalam jankamasa hari, minggu, bulan dan tahun. Kadar penyinaran semasa bagi GGH ialah 2.7 x 105 (5%) mR / h atau 2.67 Gy / h pada jarak 1 m dari sumber. Pada masa ini, operasi penyinaran dijalankan selama 20 jam setiap hari sepanjang tahun

Pada masa ini kemudahan penyinaran digunakan untuk penyinaran kronik tumbuhan tropika dan subtropika dan bahan-bahan kultur tisu. Pangkalan data radiosensitiviti pelbagai tumbuhan tropika di Malaysia sedang dibangunkan. Agensi ini menawarkan perkhidmatan sinaran kronik kepada pengguna yang berminat seperti pembiakbaka tumbuhan dan saintis dari institusi tempatan dan luar negara pada harga yang berpatutan.

1        1

Untuk khidmat penyinaran, sila hubungi:
Encik Mohd Khairul Azfar Bin Ramli 
Pengurus
Gamma Greenhouse
Malaysian Nuclear Agency (Nuclear Malaysia)
Bangi, 43000 KAJANG
Selangor
Phone: 03-89250510
E-mail: khairulazfar[at]nuclearmalaysia.gov.my

 

Untuk khidmat nasihat penyinaran tumbuhan, sila hubungi:
Affrida Abu Hassan
Pegawai Penyelidik
Agrotechnology and Biosciences Division
Malaysian Nuclear Agency (Nuclear Malaysia)
Bangi, 43000 KAJANG
Selangor
Phone: 03-89250510
E-mail: affrida[at]nuclearmalaysia.gov.my