SSDL merupakan pusat kebangsaan bagi penentukuran alat-alat pengukur sinaran seperti dosimeter yang digunakan di dalam pusat radioterapi dan untuk perlindungan sinaran. Keperluan bagi penentukuran alat-alat pengukur sinaran termaktub di bawah Akta Perlesenan Tenaga Atom 1984 (Akta 304), Peraturan-Peraturan Perlindungan Sinaran (Standard Keselamatan Asas) 1988 (pindaan 2010). Makmal Tentukuran SSDL mendapat pengiktirafan standard MS ISO/IEC 17025 sejak Julai 2004. Semua pengukuran dan penentukuran adalah boleh kesan kepada makmal primer dan standard antarabangsa yang lain.
Kemudahan tentukuran gama
Kemudahan tentukuran peralatan radioterapi
Kemudahan tentukuran X-ray
Standard Sekundur Beta
Untuk maklumat lanjut, sila layari SISPA.