Konsep penciptaan manusia sebagai khalifah di muka bumi. Allah berfirman yang bermaksud: "Dialah yang menjadikan bumi itu mudah bagi kamu, maka berjalanlah di segenap penjurunya dan makanlah sebahagian daripada rezeki-Nya." (Surah Al-Mulk: 15) Allah berfirman lagi yang bermaksud: "Wahai kaumku, sembahlah Allah, sekali-kali tidak ada Tuhan bagi kamu selain-Nya. Dia menciptakan kamu dari bumi (tanah) dan memerintahkan kamu supaya memakmurkannya." (Surah Hud: 61) Orang yang hanya berpeluk tubuh tanpa melakukan sebarang pekerjaan, mereka itu ibarat orang sakit yang berharap untuk sembuh tetapi tidak mahu mengikut nasihat doktor. Tetapi yang berusaha keras, mereka menikmati ganjaran, bukan sekadar kesenangan di dunia tetapi juga di akhirat, Insya-Allah. Hal ini seperti firman Allah yang bermaksud, |