PERIHAL PUSPANITA

| VISI | MOTO | MISI | LOGO & PERLEMBAGAAN | CARTA ORGANISASI|

VISI

Ke Arah Puspanita Cemerlang

MOTO

Wanita Sepakat Negara Meningkat

MISI

Untuk menjadi wanita berdaya saing, berkualiti, berilmu, berkemahiran, berketrampilan dan bertaqwa supaya dapat menyumbang kepada pembangunan diri, keluarga dan masyarakat  sejagat.

LOGO & PERLEMBAGAAN

| DEFINISI | TUJUAN | KEAHLIAN & YURAN | LARANGAN | ATAS |

 

DEFINISI

BINTANG DAN SABIT 

Melambangkan negara Malaysia di mana ahli-ahli PUSPANITA akan bersatu tenaga.

BUKU 

Melambangkan ilmu dan kemahiran yang sentiasa perlu ditingkatkan.

BUNGA PADI 

Melambangkan kesatuan di antara ahli yang berbilang bangsa di dalamnya.

BUNGA RAYA

Merupakan peranan persatuan dalam mencapai aspirasi dan objektif pembangunan negara.

P dan PHA

Melambangkan kewanitaan .

WARNA EMAS 

Adalah kepentingan kualiti yang ulung sebagai dasar keunggulan.

WARNA UNGU

Merupakan kemuliaan sumbangan sukarela ahli-ahli.

TUJUAN

Merapatkan hubungan muhibah yang menyatu padukan isteri-isteri  dan anggota Perkhidmatan Awam di  semua peringkat perkhidmatan.

 Menggalakkan perkembangan pengetahuan, kemahiran serta kemajuan diri ahli-ahli Persatuan menerusi program-program kemajuan diri, ceramah-ceramah, bengkel-bengkel, seminar-seminar dan kursus.

 Menggalakkan dan melibatkan ahli dalam aktiviti-aktiviti bagi faedah ahli dan keluarga mereka serta masyarakat

 Menganjurkan program-program untuk memungut derma dan sumbangan bagi aktiviti-aktiviti amal kebajikan.

 Mengadakan program-program untuk mengeratkan perhubungan dengan lain-lain pertubuhan wanita yang berdaftar, demi memupuk semangat persefahaman dan menambahkan pengetahuan melalui rancangan-rancangan pembangunan negara khususnya yang berkaitan dengan kaum wanita di negara ini.

 Boleh memiliki tanah, bangunan-bangunan dan aset-aset yang lain sebagaimana yang diperlukan melalui cara memohon kepada kerajaan, membeli, menyewa dan sebagainya. Cawangan-cawangan boleh memiliki tanah, bangunan dan aset-aset atau sebagainya untuk kebajikan dan faedah ahli.

Menyertai aktiviti perniagaan dengan syarat semua wang dan keuntungan yang didapati oleh persatuan ini hasil dari penyertaannya dalam mana-mana perniagaan akan digunakan semata-mata untuk melanjutkan, memajukan dan menjalankan tujuan-tujuan persatuan ini dan tidak sebahagian pun daripada wang atau keuntungan itu akan digunakan untuk membayar faedah, keuntungan atau bonus kepada sebarang ahli persatuan. Sungguhpun begitu, peruntukan ini tidak menghalang sebarang pembayaran yang dibuat dengan tujuan baik, untuk membayar gaji atau perbelanjaan atau kedua-duanya kepada sebarang ahli atau pekerja persatuan ini dengan syarat mereka telah memberikan perkhidmatan kepada persatuan ini.

KEAHLIAN DAN YURAN

Keahlian adalah terbuka kepada Warganegara Malaysia kecuali di Sabah yang terdiri daripada:
(1) Isteri anggota Perkhidmatan Awam di semua peringkat kumpulan perkhidmatan di Malaysia;
(2) Anggota wanita di semua peringkat kumpulan Perkhidmatan Awam di Malaysia;
(3) Isteri anggota Perkhidmatan Awam di semua peringkat kumpulan perkhidmatan yang telah bersara atau meninggal dunia;
(4) Isteri anggota Perkhidmatan Awam yang diceraikan;
(5) Anggota wanita Perkhidmatan Awam yang telah bersara;

(1) Ahli bersekutu terbuka kepada isteri anggota Perkhidmatan Awam yang belum menjadi Warganegara Malaysia;
(2) Ahli bersekutu layak menikmati keistimewaan seperti juga ahli-ahli biasa, berhak bersuara tetapi tidak berhak untuk mengundi atau memegang mana-mana jawatan dalam Persatuan;
(3) Keahlian seseorang ahli bersekutu dalam kategori (1) di atas akan luput dengan sendirinya apabila suaminya berhenti atau diberhentikan daripada perkhidmatan dengan Kerajaan.


(1) Ahli gabungan terbuka kepada persatuan wanita yang telah didaftarkan di Kementerian/Jabatan dan diberi status yang sama seperti ahli biasa;
(2) Keahlian ahli gabungan akan diluluskan oleh Jawatankuasa Kerja Tertinggi berdasarkan permohonan di dalam borang yang disediakan;

Ahli Kehormat

Yang Dipertua dengan persetujuan Majlis Tertinggi boleh melantik ahli kehormat di kalangan wanita-wanita yang difikirkan boleh memberi sumbangan yang boleh memanfaatkan Persatuan. Ahli kehormat tidak mempunyai kuasa untuk mengundi di dalam apa-apa mesyuarat.

(1) Ahli seumur hidup terdiri daripada ahli-ahli biasa yang membayar yuran seperti yang ditetapkan;
(2) Ahli seumur hidup mempunyai hak-hak yang sama seperti ahli biasa iaitu berhak menghadiri mesyuarat , bercakap dan mengundi di dalam Mesyuarat Agung Perwakilan, Mesyuarat Khas atau mesyuarat-mesyuarat agung di peringkat cawangan dan boleh di pilih menjadi Ahli Majlis Tertinggi, Ahli Jawatankuasa Kerja Tertinggi dan Ahli Jawatankuasa Cawangan.


(1) Ahli biasa yang perlu berada di luar negeri bagi suatu tempoh tidak kurang daripada 6 bulan, adalah dikecualikan daripada membayar yuran tahunan bagi tempoh ia berada di luar negeri;
(2) Permohonan secara bertulis hendaklah dibuat kepada Bendahari Cawangan yang hendaklah mendapatkan persetujuan Jawatankuasa Cawangan. Bendahari hendaklah mencatitkan di dalam rekod tempoh ahli dikecualikan dari membayar yuran.

Tiap-tiap permohonan menjadi ahli hendaklah dibuat melalui borang permohonan dan dihantar kepada Setiausaha Cawangan yang berkenaan yang seterusnya hendaklah mengemukakan permohonan itu dengan secepat mungkin kepada Jawatankuasa Cawangan-cawangan tertentu untuk pertimbangan.

Jawatankuasa Cawangan boleh mengikut budibicaranya menolak sebarang permohonan tanpa memberi sebab-sebabnya. Permohonan-permohonan menjadi ahli di tempat di mana Cawangan Berkenaan belum ditubuhkan hendaklah diuruskan mengikut cara itu juga oleh Setiausaha Agung dan Jawatankuasa Kerja Tertingggi.
 
Larangan Menjadi Ahli
Seseorang pemohon yang layak menjadi ahli mengikut syarat di perenggan 8.1 di atas tetapi masih menjadi seorang pelajar universiti/kolej tempatan, tidak boleh diterima menjadi ahli Persatuan kecuali mendapat kebenaran secara bertulis daripada Naib Canselor Universiti atau Pengetua Kolej berkenaan;
Keahlian akan luput apabila suami seseorang ahli itu ataupun ahli itu sendiri berhenti atau diberhentikan daripada berkhidmat dengan Kerajaan;
Keahlian isteri anggota Perkhidmatan Awam yang meninggal dunia atau yang bercerai akan luput setelah ia berkahwin semula.

Atas

Laman Web Puspanita ini dibangunkan oleh Kumpulan Web Puspanita (PWT) bermula pada: 6/10/2006
Sebarang pertanyaan dan rujukan sila e-mail kepada
PuspanitaWebTeam@nuclearmalaysia.gov.my
Laman web ini dikemaskinikan pada 10-Sep-2010