Portal Rasmi Agensi Nuklear Malaysia

Polisi e-Penyertaan

Polisi ini bertujuan untuk memulakan budaya dan amalan e-penyertaan demi meningkatkan ketelusan dan penyertaan awam dalam mempertingkatkan mutu perkhidmatan Agensi Nuklear Malaysia (Nuklear Malaysia).

Nuklear Malaysia sentiasa mengiktiraf penglibatan awam bagi membolehkan agensi meneroka perspektif yang lebih luas, sumber maklumat, dan penyelesaian yang berpotensi untuk meningkatkan keputusan dan perkhidmatan. Ia juga menyediakan asas bagi hubungan produktif, dialog dan perbincangan yang lebih baik, dan tadbir urus yang teratur.

Objektif penyertaan ini adalah untuk melibatkan rakyat dalam dasar pembangunan dan proses membuat keputusan melalui penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi. Antara saluran komunikasi yang digunakan adalah seperti:
Borang Maklum Balas Portal (Maklum balas/pertanyaan/aduan/cadangan)
Kajian Kepuasan Pelanggan
Media Sosial iaitu Facebook,Twitter, Instagram dan Youtube

Nuklear Malaysia amat mengalu-alukan penyertaan dengan mematuhi terma dan syarat penyertaan yang telah ditetapkan seperti berikut: