• PORTAL RASMI AGENSI NUKLEAR MALAYSIA

VISI

Menerajui Penyelidikan, Pembangunan, Pengkomersialan dan Inovasi (R&D&C&I) dalam Sains dan Teknologi Nuklear untuk Pembangunan Negara yang Mampan

MISI

Mencipta kekayaan, menjana pengetahuan baru dan memacu pertumbuhan ekonomi dan kesejahteraan sosial menerusi sains dan teknologi nuklear ke arah kemakmuran bersama

OBJEKTIF

  1. Menjana produk dan teknologi baharu menerusi penyelidikan dan inovasi berasaskan agenda pembangunan negara;
  2. Mempertingkatkan kecemerlangan organisasi menerusi perancangan dan pengurusan berkualiti;
  3. Memperkasakan Nuklear Malaysia sebagai Organisasi Sokongan Teknikal Kebangsaan dalam bidang nuklear dan teknologi berkaitan; dan
  4. Memperkukuhkan hubungan dan kerjasama dengan organisasi antarabangsa

FUNGSI

  • Melaksanakan R&D&C&I dalam bidang sains dan teknologi nuklear;
  • Memberi khidmat sokongan teknikal dan latihan dalam bidang nuklear dan teknologi yang berkaitan;
  • Menyelaras dan mengurus hal ehwal nuklear kebangsaan dan antarabangsa, sebagai agensi penghubung Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA) dan Pihak Berkuasa Kebangsaan bagi pelaksanaan Triti Pengharaman Menyeluruh Ujian Senjata Nuklear (CTBT); dan
  • Menjadi Pusat Kebangsaan kepada Metrologi Sinaran dan Pengurusan Sisa Radioaktif.