• PORTAL RASMI AGENSI NUKLEAR MALAYSIA

KENYATAAN MEDIA

ROMPIN, 18 Mac 2021 – Agensi Nuklear Malaysia telah menyumbangkan kira-kira sejumlah 306 beg benih padi NMR152 hasil penyelidikan dari pegawai penyelidik Nuklear Malaysia bagi membantu meringankan beban petani di Rompin, Pahang yang terjejas akibat daripada bencana banjir yang telah melanda negeri-negeri di pantai Timur Semenanjung Malaysia terutamanya di Negeri Pahang.

Majlis gimik penyerahan bagi Program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) ini dilaksanakan dengan kerjasama IADA Rompin bertujuan untuk memberi penghargaan kepada para petani yang telah menerima padi ini pada bulan Januari 2021 yang lalu dan telah menanam benih padi tersebut dengan jayanya untuk mendapat hasil yang produktif. 

Program CSR sebegini akan sentiasa dilaksanakan atas dasar untuk membantu dan memberi sumbangan kepakaran penyelidikan yang ada di Nuklear Malaysia untuk manfaat dan kegunaan rakyat. Adalah diharapkan dengan sumbangan pada hari ini, ianya memberi sinar dan semangat kepada para petani di samping Nuklear Malaysia berupaya menjalin perhubungan berterusan dengan pelbagai pihak. Sumbangan telah disampaikan oleh YBrs. Ts. Dr. Siti A’iasah binti Hashim, Ketua Pengarah Agensi Nuklear Malaysia. Turut hadir bersama adalah YB Dato’ Sri Haji Mohd Johari bin Hussain - ADUN Pontian, YBrs. Dr. Abdul Rahim Harun, Timbalan Ketua Pengarah Nuklear Malaysia, YBrs. Puan Nor Edasuriati binti Ibrahim – Timbalan Pengarah Pertanian Negeri Pahang (Pengembangan) dan YBrs. Encik Mohd Faizul bin Miran – Pengarah IADA Rompin.

Agensi Nuklear Malaysia telah menggunakan Teknologi Nuklear dalam pertanian untuk membantu meningkatkan produktiviti pengeluaran pelbagai tanaman.  Kaedah mutasi aruhan menggunakan sinaran gamma telah digunakan untuk menghasilakan  varieti baharu lebih baik daripada induknya.  Kajian biakbaka mutasi padi Nuklear Malaysia bermula sejak tahun 1980an . Padi Mahsuri mutan, variety padi pertama telah dihasilkan dengan kerjasama University Kebangsaan Malaysia dan Mardi, kemudian pada tahun 1989 padi mutan Tongkat Ali (MA03) dan kini Agensi Nuklear Malaysia berjaya menghasilkan NMR151 dan NMR152 yang telah dikomersialkan melalui syarikat HMN Sdn Bhd. Ia  merupakan antara pencapaian terbaik kajian biak baka mutasi di Malaysia kerana melalui kaedah ini telah menjana variety padi yang  mempunyai ciri-ciri agronomi yang sangat diperlukan dalam industri padi Negara. Padi NMR 152 telah diperakukan oleh Jawatankuasa Bantuan Kerajaan Kepada Industri Padi dan Beras (JKBKKIPB), MAFI sebagai padi sah dan boleh  digunakan oleh petani di bawah skim subsidi kerajaan. Dengan sahnya padi varieti NMR 152 ini petani mempunyai byk pilihan  daripada pelbagai benih sah sediada dan ia juga  mebantu pihak kerajaan untuk meningkatkan pengeluaran sara diri atau SSL (Self-Sufficiency Level) padi Negara.

Pembangunan variety NMR152 bermula pada tahun 2005  menggunakan peruntukan penyelidikan IRPA (Intensification of Research In Priority Areas), eSciencefund, E_DANA MOSTI (R&D Fund) dan MOSTI Social Innovation (MSI) Fund) yang memakan masa selama lebih 10 tahun telah berjaya meningkatkan ketahanan padi kepada penyakit karah dan tahan kepada  cuaca tidak menentu seperti kemarau dan banjir kilat. Ia juga mengeluarkan hasil yang lebih tinggi dan stabil di pelbagai sekitaran dan lokasi di Malaysia. Varieti NMR 151 dan NMR 152 telah didaftarkan di bawah Akta Perlindungan Varieti Baru Tumbuhan 2004 di  Jabatan Pertanian iaitu Certificate of Registration of New Plant Variety and Grant of Breeder’s Right  (Registration Number : PBR 0159 (NMR151) & Registration Number : PBR 0156 (NMR152).

Agensi Nuklear Malaysia juga telah menghasilkan produk R&D iaitu Oligokitosan atau kitosan tersinar yang mula dibangunkan sejak tahun 2008 melalui kajian kerjasama antara ‘member countries’ dalam FNCA. Secara teknikalnya Oligokitosan dihasilkan melalui teknologi penyinaran gamma serbuk kitosan.  Dalam rekod kajian, Oligokitosan ini berjaya meningkatkan hasil tuaian padi 25% dengan menghalang kerosakan tanaman padi disebabkan virus karah (blast). Selain itu, ianya juga dapat meningkatkan kekuatan tangkai padi melalui peningkatan pembentukan lignin serta membentuk natural coat untuk hasil tanaman (rawatan digunakan untuk selepas tuaian)

###
DIKELUARKAN OLEH :
UNIT KOMUNIKASI KORPORAT
AGENSI NUKLEAR MALAYSIA
KEMENTERIAN SAINS, TEKNOLOGI  DAN INOVASI (MOSTI)