Portal Rasmi Agensi Nuklear Malaysia

Kemudahan Pelupusan Lubang Gerek

Agensi Nuklear Malaysia (Nuklear Malaysia) berfungsi sebagai pusat rawatan sisa radioaktif kebangsaan sejak tahun 1985. Antara sisa radioaktif yang diuruskan di pusat ini adalah punca radioaktif terkedap terpakai (DSRS). Sehingga hari ini kesemua sisa DSRS yang diterima dari seluruh Malaysia diuruskan secara penyimpanan di setor sementara (Interim Stor). Pada penghujung 2016, jumlah inventori sisa DSRS yang terdapat di setor sementara telah mencecah 12 000 unit. Oleh yang demikian, telah tiba masanya bagi Malaysia mempertimbangkan langkah pelupusan akhir bagi melupuskan sisa DSRS secara kekal, seterusnya dapat mengurangkan risiko bahaya yang dikaitkan dengan sisa tersebut.



Punca Radioaktif Terkedap Terpakai (DSRS)

Setiap punca radioaktif terkedap mempunyai kekuatan atau keaktifan tertentu. Ciri khusus bagi setiap punca radioaktif terkedap ini adalah separuh hayat, dimana secara semulajadi keaktifannya akan berkurang dengan pertambahan masa berdasarkan separuh hayat punca tersebut. Punca radioaktif yang telah mengalami penyusutan keaktifan ke tahap yang telalu rendah untuk sebarang aplikasi atau yang tidak lagi diperlukan perlu diuruskan dengan betul bagi mengelakkan sebarang bahaya kepada kesihatan manusia dan alam sekitar. Antara punca radioaktif yang lazimnya digunakan di Malaysia ialah kobalt-60, strontium-90, cesium-137 dan radium-226.
Pilihan terbaik bagi pengurusan jangka pendek DSRS adalah dengan menyimpan punca radioaktif ini dalam fasiliti yang selamat dan terjamin atau dikembalikan semula kepada pembekal. Penyimpanan di dalam setor bagi tempoh yang panjang sehingga beratus-ratus tahun didapati bukan satu pilihan yang terbaik kerana aktiviti ini melibatkan perbelanjaan yang tinggi. Pakar mengiktiraf teknologi penyimpanan untuk jangka masa panjang yang selamat dan terjamin dengan pembinaan kemudahan pelupusan yang mampu menyimpan punca dengan nilai radioaktiviti yang tinggi dan mempunyai nilai separuh hayat yang panjang sehingga radioaktiviti menyusut ke tahap yang selamat. Pembinaan kemudahan pelupusan ini perlu dilaksanakan dengan segera atas sebab-sebab berikut:


Apakah Kemudahan Pelupusan Lubang Gerek (BDF)?
Kemudahan pelupusan lubang gerek (BDF) telah diperkenalkan oleh oleh Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA) bagi membangunkan satu penyelesaian yang selamat, tetap dan kos efektif untuk pengurusan jangka panjang DSRS. BDF memenuhi piawaian keselamatan radiologi jangka panjang yang setaraf dengan mana-mana jenis pelupusan bahan radioaktif. Walaupun BDF direka dalam bentuk yang lebih ringkas dan melibatkan perbelanjaan yang rendah, kemudahan ini masih mampu memenuhi tahap keselamatan radiologi yang diperlukan setanding dengan mana-mana aktiviti yang melibatkan punca radioaktif.
BDF dibangunkan khas untuk menguruskan punca radioaktif dengan kuantiti yang sedikit tetapi masih mendatangkan bahaya, yang dihadapi oleh pelbagai negara.
Sistem BDF terdiri daripada:
• Pembungkusan DSRS yang selamat oleh sel pengendalian mudah alih jarak jauh (mobile remote handling cell);
• Pembungkusan bahan radioaktif dalam keluli tahan karat berkualiti tinggi;
• Satu atau lebih lubang gerek, dengan 30-100 meter, untuk mengasingkan DSRS daripada persekitaran yang boleh diakses.


Rajah Skematik Kemudahan Pelupusan Lubang Gerek
(Sumber IAEA)


Ilustrasi Keratan Rentas Lubang Gerek yang Digunakan untuk Pelupusan
(Sumber IAEA)

 

Bagaimana BDF berfungsi?


Apa Kelebihan BDF?

Kemudahan pelupusan lubang gerek mempunyai beberapa ciri-ciri yang meningkatkan keselamatan sisa, kos yang efektif, dan keselamatan fizikal. Sebagai contoh :

Isu dan Cabaran

Nuklear Malaysia bertanggungjawab dalam memastikan operasi pembinaan dan perlaksanaan kemudahan pelupusan lubang gerek (BDF) berjalan menurut spesifikasi yang telah dirancang. Perkara ini dilaksanakan dengan mengenalpasti cabaran-cabaran yang hadir dalam setiap fasa perlaksaan projek supaya sebarang kemungkinan dapat diatasi lebih awal. Menjadi satu cabaran yang besar buat Malaysia apabila memilih untuk menjadi negara pertama yang melaksanakan teknologi pelupusan melalui kaedah BDF. Malaysia bakal dijadikan kayu pengukur bagi negara-negara yang turut terarah kepada teknologi pelupusan yang sama pada masa akan datang.

Isu yang melibatkan aspek keselamatan orang awam sentiasa menjadi keutamaan pihak Nuklear Malaysia dalam mereka bentuk kemudahan pelupusan ini. Para penyelidik terus komited untuk berterusan melakukan kajian penilaian keselamatan bersama bantuan pakar-pakar dari pelbagai negara, dengan sentiasa mengambil kira pandangan daripada semua pihak-pihak yang berkepentingan. Kewujudan perbezaan pendapat dari pelbagai pihak harus dikendalikan dengan berhati-hati oleh Nuklear Malaysia dalam memastikan usaha membina kemudahan lubang gerek menepati segala piawaian dan peraturan yang telah digariskan oleh Lembaga Perlesenan Tenaga Atom (LPTA).