Portal Rasmi Agensi Nuklear Malaysia

Fungsi Agensi Nuklear Malaysia

Agensi Nuklear Malaysia bertanggungjawab menjalankan fungsi-fungsi yang telah termaktub dalam punca kuasa seperti berikut, iaitu:

• Menjalankan penyelidikan dan pembangunan (R&D), khidmat dan latihan dalam bidang teknologi nuklear bagi pembangunan negara;

• Menggalakkan penggunaan, pemindahan dan pengkomersialan teknologi nuklear;

• Menyelaraskan dan menguruskan hal ehwal nuklear di peringkat kebangsaan dan antarabangsa sebagai agensi penghubung bagi Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA)

• Bertindak sebagai Pihak Berkuasa Kebangsaan bagi perlaksanaan Triti Pengharaman Menyeluruh Ujian Senjata Nuklear (CTBT).