Portal Rasmi Agensi Nuklear Malaysia

23 Okt 2019, Kuala Pilah-  Nuklear Malaysia dengan kerjasama Fakulti Sains dan Teknologi, USIM, dan Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan telah menghimpunkan seramai 150 orang pelajar untuk mengikuti aktiviti-aktiviti yang dianjurkan .

Program Jangkau Luar (Outreach) yang bertemakan 'Satu Minggu Satu Sekolah' ini bukan sahaja dapat menarik minat para pelajar, tetapi juga para guru untuk turut serta.

Antara aktiviti yang dijalankan pada hari tersebut adalah ceramah sinaran dan teknologi nuklear, aktiviti pengukuran sinaran persekitaran, serta demonstrasi gas helium, nitrogen dan hidrogen.