Portal Rasmi Agensi Nuklear Malaysia

SEREMBAN, 22 OKT 2019- Nuclear Best Friend Forever (Nuclear BFF) merupakan satu program Kesedaran Teknologi Nuklear dan Sinaran yang menyasarkan pelajar PPKI di sekolah-sekolah rendah dan menengah. Pada tahun 2019, pasukan Nuclear BFF telah menjelajah ke sekolah-sekolah terutamanya di sekitar Negeri Sembilan, beberapa sekolah di Negeri Selangor dan Daerah Rompin.

Hari ini, program Nuclear BFF melabuhkan tirai 2019 dengan menjelajah ke SK Panchur dan SMK Panchur, Seremban bagi menyebar luas ilmu dan menganjurkan aktiviti berkaitan bersama 60 orang pelajar PPKI di sekolah ini.

Pelbagai pengisian menarik disajikan kepada pelajar dan guru yang mengikuti program ini antaranya, ceramah sinaran, kuiz dan permainan sains khusus untuk pelajar PPKI.