Portal Rasmi Agensi Nuklear Malaysia

SEREMBAN, 9 OKT 2019– Seramai 200 orang pelajar dari Sekolah Menengah Agama Sheikh Haji Mohd Said, Seremban, Negeri Sembilan telah menyertai Bengkel Pengukuran Sinaran Alam Sekitar. Bengkel ini diadakan sempena Program STEM dengan kerjasama Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan (JPN), Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) dan Agensi Nuklear Malaysia (Nuklear Malaysia).

Matlamat program adalah untuk memberi kesedaran kepada pelajar tentang kewujudan sinaran latar belakang di persekitaran, mengenalpasti unit bagi sinaran dan pendedahan kepada penggunaan alat mengukur sinaran iaitu meter tinjau. Penceramah bagi program ini terdiri daripada Pegawai Penyelidik daripada Bahagian Keselamatan dan Kesihatan Sinaran (BKS) dan Bahagian Teknologi Perubatan (BTP).