Portal Rasmi Agensi Nuklear Malaysia

PUTRAJAYA, 5 OKT 2019 -  Buat julung kalinya Hari Terbuka Putrajaya diadakan serentak bagi mengukuhkan integrasi Perbadanan Putrajaya (PPj) bersama komuniti serta memberi peluang kepada semua kementerian menawarkan perkhidmatan kepada rakyat.


Program yang menawarkan lebih 200 perkhidmatan daripada 23 kementerian serta 101 agensi kerajaan bermula pada jam 9 pagi hingga 6 petang. Agensi Nuklear Malaysia turut berpeluang untuk bersama-sama berada di ruang lobi C5, Kementerian Tenaga, Sains, Teknologi , Alam Sekitar dan Perubahan Cuaca (MESTECC) untuk berkongsi kepakaran mengenai sinaran tak mengion (NIR) serta aplikasi teknologi nuklear dalam bidang pertanian.

Kejayaan penganjuran ini dapat membuka peluang kepada masyarakat mendekati dan memahami peranan setiap kementerian dan agensi, khususnya Agensi Nuklear Malaysia.  Ia dilihat sebagai satu platform jalinan hubungan erat dengan masyarakat terutama untuk memberi perkhidmatan dan penyampaian maklumat yang lebih berkesan melalui komunikasi dua hala.