Portal Rasmi Agensi Nuklear Malaysia

NILAI, 5 OKT 2019 - Unit Sukan Kelab Nuklear Malaysia telah menganjurkan Pertandingan Badminton Tertutup di Airport Sport Complex, Nilai. Pertandingan telah bermula seawal 8.00 pagi dan telah disertai oleh 59 orang peserta.

Penyertaan pada tahun ini menyaksikan sukan badminton bukan sahaja disertai oleh ahli kelab, tetapi juga dalam kalangan bukan ahli. Empat kategori telah dipertandingkan dalam acara ini iaitu perseorangan lelaki, perseorangan wanita, beregu lelaki dan beregu wanita.

Semua pemenang telah menerima hadiah berbentuk wang tunai, piala, hamper dan sijil penyertaan. Peserta-peserta lain yang mengambil bahagian juga turut diberikan sijil penyertaan oleh penganjur.

Tahniah kepada semua pemenang :

Perseorangan  Lelaki

Juara: Mohamad Syahiran Mustaffa (BAS)

Naib. Juara: Mohd Fakrul Azman Mohd Sharif (BKP)

Ketiga: Cosmos George (BAB)


Perseorangan Wanita

Juara: Siti Salwa Mohammad Shirajuddin (BTS)

Naib Juara: Naurah Mat Isa (BTS)

Ketiga : Nurhayati Adam (BPA)


Beregu Lelaki

Juara: Sofian Ibrahim (BST)/Md Fakaruddin Ab Rahman (BTI)

Naib Juara: Mohd Yusof Hamzah (BTS)/Mohd Imran Sabar (BKJ)

Ketiga: Engku Mohd Fahmi Engku Chik (BTI)/Zaidi Ibrahim (BAS)


Beregu Wanita

Juara: Rokiah Sabri (BST)/Salmor Abdullah (UKF)

Naib Juara: Everina Nuri (BAB)/Norellia Bahari (BAB)

Ketiga: Siti Nasuha Md Saad (BKS)/Nur Shahriza Zainuddin (BKS)