Portal Rasmi Agensi Nuklear Malaysia

PUTRAJAYA, 27 SEPT 2019, - Pasukan Perahu Naga Nuklear Malaysia kembali beraksi setelah lima tahun menyepi. Gabungan ahli lama dan baharu seramai 29 pendayung berjaya dibentuk dan menempatkan pasukan tersebut bagi mewakili Nuklear Malaysia dalam pertandingan Pesta Air Putrajaya 2019 pada 27-29 September.

Nuklear Malaysia telah menyertai tiga kategori pertandingan iaitu Inter Agensi Boat 10 men, Open Malaysia boat 10 men dan Open Malaysia Boat 20 men. Jarak pertandingan dalam semua kategori adalah 500 meter. Persaingan hebat dengan pasukan lain telah meletakkan Nuklear Malaysia di tangga ketiga.

Penglibatan secara berpasukan dalam pertandingan ini dapat membentuk disiplin yang tinggi, semangat berpasukan, kesihatan fizikal dan ketahanan mental semua pendayung. Selain itu penyertaan ini dapat memperkenalkan Nuklear Malaysia di mata masyarakat dan peminat sukan air Malaysia.