Portal Rasmi Agensi Nuklear Malaysia

BANGI, 24 SEPT 2019 – Seramai 40 orang peserta telah menghadiri Bengkel IT Response Team Siri 1/2019 di Blok 44. Bengkel yang berlangsung selama dua hari ini melibatkan 9 orang pegawai pusat IT yang turut berkongsi pengalaman dan pengetahuan dalam menangani masalah komputer dan serangan siber. Kebanyakan aktiviti yang dilakukan adalah secara teknikal dan hands-on menggunakan komputer riba yang telah disediakan oleh urus setia bengkel.

 Hasil daripada pelaksanaan bengkel ini, urus setia dapat mewujudkan medium perbincangan, perkongsian dan sesi soal jawab antara IT Response Team dengan agensi-agensi lain yang dijemput khususnya berkaitan isu-isu keselamatan siber dan penyelenggaraan komputer. Selain itu, bengkel ini juga dapat memastikan semua ahli sedar dan berpengetahuan dalam menangani isu-isu keselamatan ICT dan langkah-langkah yang perlu diambil termasuklah berkaitan dengan undang-undang.

Antara pengisian lain adalah perbincangan mengenai Operasi Pengoperasian Standard dan tugas sebagai ahli kumpulan IT Response Team. Mereka yang telah dipilih ini juga perlu menjadi First Layer Response terhadap masalah komputer di bahagian atau bangunan tempat mereka bekerja.

Peserta bengkel berpendapat bengkel susulan merupakan platform terbaik mereka bagi memantapkan lagi pengetahuan dalam menangani masalah komputer dan ancaman siber terutama melibatkan fasiliti kritikal.