Portal Rasmi Agensi Nuklear Malaysia

BANGI , 11 SEPT 2019 - Seramai 34 orang pelajar termasuk pensyarah daripada Cyberjaya University College of Medical Science @CUCMS telah meluangkan masa dalam sesi lawatan sambil belajar ke Nuklear Malaysia.

Program lawatan yang diketuai Dr. Nur Akmar Taha, Penyelaras Farmasi Nuklear CUCMS berkesempatan menjalankan praktikal bagi Sistem Had Dos Sinaran. Sistem ini dikendalikan oleh En. Syed Asraf Fahlawi Wafa Syed Mohd Gazi, Pegawai Penyelidik Nuklear Malaysia.

Parapelajar turut berpeluang melawat ke Reaktor TRIGA PUSPATI (RTP) yang merupakan nadi kepada Nuklear Malaysia. Sesi taklimat fasiliti RTP telah diberikan oleh En. Ahmad Nabil Abd Rahim dan En. Alfred Sanggau Ligam, Pegawai Penyelidik Nuklear Malaysia.