Portal Rasmi Agensi Nuklear Malaysia

BANGI, 30 SEPT 2019- Bahagian Kebajikan Kelab Sukan dan Kebajikan Nuklear Malaysia telah menganjurkan satu kursus penyembelihan mengikut syarak pada 18 September yang lalu. Seramai 59 peserta dari kalangan Ahli Kelab telah menyertai kursus ini secara teori dan amali bertempat di hutan lipur dan Dewan Tun Ismail, Agensi Nuklear Malaysia. Kursus in turut memberi peluang kepada peserta untuk merasai pengalaman menyembelih ayam mengikut aturan syariah sambal diperhatikan oleh tenaga pengajar.

Kursus ini di ketuai oleh Ustaz Muhammed Shouib Awalludin dari Jabatan Agama Islam Selangor dan dirasmikan oleh Dr. Abdul Muin Abdul Rahman bermula pada jam 8.00 pagi sehingga 2.00 petang. Setiap peserta yang hadir menerima sijil penyertaan, t-Shirt berserta seekor ayam sembelihan masing-masing.