Portal Rasmi Agensi Nuklear Malaysia

KUALA LUMPUR, 18 SEPTEMBER 2019 – Agensi Nuklear Malaysia telah mengadakan lawatan ke Jabatan Kerja Raya (JKR) di Kuala Lumpur. Lawatan anjuran Jawatankuasa Kerja Pengurusan Pengetahuan (KM) itu merupakan aktiviti tahunan yang menyasarkan organisasi kerajaan dan swasta. Lawatan tersebut merupakan usaha berterusan Nuklear Malaysia dalam menambahbaik dan menggunakan pengalaman organisasi lain dalam meningkatkan prestasi program KM. ia juga turut berfungsi sebagai platform penanda aras bagi menentukan tahap prestasi program KM di Nuklear Malaysia.

Untuk rekod, seramai 12 orang ahli jawatankuasa telah menyertai lawatan tersebut yang diketuai oleh Dr. Zainon bt. Othman, selaku Pengerusi Jawatankuasa Kerja Pengurusan Pengetahuan merangkap Ketua Pegawai Pengetahuan. Kerjasama erat antara Nuklear Malaysia dan JKR dijangka terus meningkat melalui perkongsian amalan terbaik di dalam KM. Sebelum ini, lawatan dengan tujuan yang sama telah diadakan ke Petronas, RTM, FRIM, MPOB dan MARDI.