Portal Rasmi Agensi Nuklear Malaysia

BANGI, 30 OGOS 2019 - Perhimpunan Bulanan Agensi Nuklear Malaysia bagi Ogos 2019 telah disempurnakan oleh Dr. Mohd Abd Wahab Bin Yusof, Ketua Pengarah Agensi Nuklear Malaysia di Dewan Tun Dr. Ismail, Nuklear Malaysia.


Beliau dalam ucapannya telah menekankan isu integriti dan juga saranan kepada semua anggota untuk menjaga tatatertib semasa menjalankan tugas. Beliau turut menegaskan tanggungjawab setiap anggota untuk menjaga kerahsiaan dokumen dan maklumat rahsia rasmi agar tidak digunakan bagi tujuan lain.

Turut sama memeriahkan majlis pagi itu adalah kakitangan baru Nuklear Malaysia yang diselangi dengan  bacaan ikrar serta penyampaian hadiah bagi Pertandingan Fotografi Merdeka dan Perlawanan Futsal Nuklear Malaysia 2019.

Dengan tema "Sayangi Malaysiaku : Malaysia Bersih", perarakan masuk Unit Keselamatan Fizikal (UKF) telah menyerahkan Jalur Gemilang kepada Ketua Pengarah, disusuli dengan laungan Merdeka sebanyak 7 kali sebagai simbolik kemerdekaan yang membangkitkan semangat patriotisme seluruh warga Nuklear Malaysia.
 

Tahniah dan syabas kepada Bahagian Pembangunan Sumber Manusia (BPSM) sebagai penganjur perhimpunan bulanan pada Bulan Ogos ini dan  Selamat Menyambut Bulan Kebangsaan & Hari Malaysia 2019.

 

Bukan kecil tugas kita meneruskan perjuangan kemerdekaan kita;

Kerana rupanya selain kemerdekaan;

Mengisi kemerdekaan itu jauh lebih sengsara.

-Tun Dr. Mahathir Mohamad -