Portal Rasmi Agensi Nuklear Malaysia

BANGI, 20 OGOS 2019 – Bahagian Pembangunan Sumber Manusia (BSM) telah menganjurkan Kursus Pengenalan Nuklear Malaysia dan Kesedaran Keselamatan kepada pegawai baru pada 20- 23 Ogos 2019 yang lepas di  Dewan Tun Dr. Ismail.


Majlis perasmian telah disempurnakan oleh Dr. Zainon Binti Othman, Pengarah Kanan Program Pengurusan.
 
Antara objektif kursus ini antara lain adalah untuk memberi pendedahan kepada para peserta mengenai sejarah penubuhan agensi, dasar utama kerajaan dan agensi serta rancangan program-program pembangunan agensi.


Selain itu, penganjuran kursus ini juga untuk memupuk nilai etika kerja cemerlang dalam kalangan anggota perkhidmatan awam serta memperoleh pengetahuan tentang aspek-aspek keselamatan sinaran semasa menjalankan tugas di persekitaran agensi.